S4man RM1 Juta Jika Dedah Rahsia The Masked Singer, Vince Akui Sukar ‘Kunci Mvlut’

Pertandingan nyanyian berkonsepkan penyanyi misteri, The Masked Singer Malaysia akhirnya melabuhkan tirai malam semalam selepas lapan minggu bersiaran

Konsert akhir itu menyaksikan Bunga Raya, watak yang dibawa oleh penyanyi Aina Abdul dinobatkan sebagai juara keseluruhan selepas berjaya menewaskan empat peserta yang lain.

Tempat kedua menjadi milik Vaneesa Reynauld yang membawa watak Rajah Brooke. Manakala tempat ketiga berjaya dirangkul oleh ahli kumpulan K-Clique, Tuju yang membawa watak Orang Utan.

Maskot Wau yang dipakai oleh penyanyi Datin Alyah mendapat tempat keempat dan bekas juara Akademi Fantasia 1 (AF1), Vince Chong yang membawa watak Enggang mendapat tempat kelima.

Seperti yang diketahui umum, identiti penyanyi disebalik setiap maskot di dalam rancangan ini tidak didedahkan oleh pihak program The Masked Singer Malaysia atau penyanyi itu sendiri.

Setiap mereka yang terlibat di dalam program ini sudah pun diberi kontrak agar identiti penyanyi dirahsiakan atau mereka akan diberi ‘denda’.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Vince Chong di dalam satu tangkap layar perbualan Whatsapp yang didedahkan oleh Datuk Aznil Nawawi, atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Nil di laman Twitter miliknya.

“I can finally say, yes it’s me. If not I kena sue ok hahahaha. Pening aku nak elak, nanti kena denda 1 juta. Dah la Covid”

Di dalam kumpulan WhatsApp yang terdiri daripada bekas pelajar Akademi Fantasia 1 itu, dilihat rata-rata daripada mereka mengucapkan tahniah kepada Vince di atas kejayaannya mendapat tempat kelima.

Bagaimanapun, Vince akhirnya boleh menarik nafas lega dan mengaku sukar untuk dirinya menyimpan rahsia identiti Enggang tanpa diketahui oleh orang lain. Terang bekas juara AF1 itu, para peserta boleh dikenakan saman sebanyak RM1 juta jika identiti mereka didedahkan secara sengaja.

Malah, Vince juga sempat berseloroh mengadu sukar untuk dia dapatkan RM1 juta di saat dunia sedang dilanda pandemik Covid-19.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "S4man RM1 Juta Jika Dedah Rahsia The Masked Singer, Vince Akui Sukar ‘Kunci Mvlut’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*