Belum Mula Rancangan, Azwan Ali Dah Mula Bvat ‘H4l’. Ini Yang Diva Azwan Ali Tak Pvas H@ti Dengan Elly Mazlein

Program cinta terkenal, Lagu Cinta Kita bakal kembali bersiaran pada malam ini untuk musim ke-2. Ramai yang tidak sabar untuk melihat pasangan-pasangan yang ada dan apa yang bakal berlaku.

Tetapi, apa yang lebih menjadi perhatian orang ramai, apabila muncul satu video yang melibatkan pengacara program tersebut, Elly Mazlein dan Azwan Ali ‘bertekak’ ketika sesi pembacaan skrip.

Seperti semua sedia maklum pengacara terkenal, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA merupakan seorang yang lantang bersuara. Apa sahaja yang tidak kena dengan beliau, pasti dihamunnya.

Melalui video berdurasi 0.29 yang di muat naik oleh Takieshiro melalui laman Twitternya, menunjukkan Diva AA meninggikan suaranya kepada penulis skrip ketika sesi pembacaan skrip apabila skrip pasangan hosnya lebih panjang daripadanya.

Video yang dirakam secara sembunyi ini juga menunjukkan Diva AA seperti tidak berpuas hati dengan perkara tersebut dan menyatakan dia merupakan ‘senior’ kepada Elly Mazlein.

Ini menimbulkan tanda tanya netizen dan ada yang mempersoalkan tindakan itu sebagai hanya lakonan ataupun betul. Pasti semua mahu mengetahui apa yang bakal berlaku dengan kedua pengacara itu di atas pentas utama LCK2 pada malam ini.

Adakah ‘comeback’ Azwan Ali ini akan mencetuskan drama diprogram tersebut? Apa yang akan berlaku pada Elly Mazlein? Segalanya bakal terjawab pada siaran langsung Lagu Cinta Kita 2 malam ini, jam 9 malam di TV3!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:OH BULAN

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Belum Mula Rancangan, Azwan Ali Dah Mula Bvat ‘H4l’. Ini Yang Diva Azwan Ali Tak Pvas H@ti Dengan Elly Mazlein"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*