Sharifah Shahirah Cerita Detik Helikopter Jatuh 1 Meter Dari Rumah: “Bunyi Macam B0m Ingatkan Tanah Runtuh …”

Penyampai radio dan pengacara Sharifah Shahirah akui terkejut selepas mendengar letupan seakan bunyi b0m di kawasan perumahannya di Taman Melawati, Ampang, pagi tadi.

Ketika dihubungi Gempak sebentar tadi, Shahirah yang lebih mesra disapa Shiera menyangka ada kejadian tanah runtuh.

Namun tidak disangka, apa yang terjadi adalah terdapat helikopter terhemp4s berdekatan kediamannya.

“Bunyi jatuh tu macam b0m. Saya ingatkan tanah runtuh yang berlaku maklumlah perumahan di sini berada di kawasan berbukit,” kata Shiera kepada Gempak.

Shiera kemudian baru mengetahui kalau letvpan kuat seperti b0m yang didengarinya itu adalah ins1iden helikopter terhempas.

“Lepastu ada yang update cakap helikopter terhemp4s. Dalam 1 meter ja dari rumah saya. Memang itu laluan saya,” katanya.

Tambah kakak kepada aktres Sharifah Sakinah ini lagi, beliau sempat pergi ke lokasi kejadian namun mengambil keputusan untuk berpatah balik selepas ramai orang mula datang.

“Saya pergi tengok tadi tapi bila dah ramai orang saya balik. Lagipun banyak lagi kerja nak buat. Doakan untuk mereka yang terlibat,” katanya lagi.

Sebentar tadi tular di laman sosial Facebook dan Twitter serta aplikasi WhatsApp beberapa keping foto dan video kemalangan membabitkan dua buah helikopter.

Susulan itu media tempatan melaporkan sebuah helikopter terhemp4s di kawasan padang berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati, Ampang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Sharifah Shahirah Cerita Detik Helikopter Jatuh 1 Meter Dari Rumah: “Bunyi Macam B0m Ingatkan Tanah Runtuh …”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*