Gelagat Kanak-Kanak Bersaiz Kecil Menvnggang Honda EX5 Tvlar

Alor Setar: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengenal pasti pemilik motosikal yang ditunggangi kanak-kanak lelaki di negeri ini yang tular di laman sosial sejak semalam.

Video berdurasi 18 saat itu menunjukkan gelagat kanak-kanak bersaiz kecil menunggang Honda EX5 dan ditegur seorang pemandu kenderaan di simpang Kampung Paya Cegar, Jitra.

Kanak-kanak dipercayai berusia 12 tahun itu turut didakwa cuba mengangkat tayar motosikal dan gelagatnya dirakam orang awam sebelum tersebar di media sosial.

Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Shariff berkata, pihaknya sudah menyemak video berkenaan dan berjaya mengenal pasti pemilik motosikal yang ditunggangi kanak-kanak lelaki berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan video berkenaan, kejadian dipercayai berlaku di Kampung Paya Cegar di Jitra.

“Kita akan memberi Notis 114 kepada pemilik motosikal itu supaya hadir ke pejabat JPJ untuk memberi keterangan.

“Namun, kita akan dapatkan dulu maklumat lanjut dan melakukan soal siasat sebelum tindakan diambil,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ismasuhaimi berkata, pihaknya mendapati kesalahan kanak-kanak itu ialah tiada lesen memandu B2 selain tidak memakai topi keledar.

Katanya, tindakan kanak-kanak itu juga boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain sekiranya berlaku kemalangan.

“Justeru, saya menasihatkan ibu bapa atau penjaga supaya mengawasi anak masing-masing supaya tidak menunggang motosikal terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini,” katanya.

VIDEO:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:My Metro

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Gelagat Kanak-Kanak Bersaiz Kecil Menvnggang Honda EX5 Tvlar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*