“Harga N4ik” Nilai Jam ‘Mat Motor Analog’ Tengku Zafrul N@ik Mend4dak

JIKA korang merupakan peminat jam G-Shock, pastinya korang cukup ingat pada awal tahun lalu telah tularnya model GA-2100 warna solid black.

Semuanya kerana jam itu dipakai oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim (TMJ) sekali gus membuatkan model tersebut menjadi rebutan ramai.

Disebabkan itu, sehingga kini model tersebut telah digelar G-Shock TMJ dan menjadi burruan peminat.

Terbaharu, sebuah lagi model G-Shock telah tular apabila ia dipakai oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul ketika Pembentangan Belanjawan 2021 yang berlangsung di Dewan Rakyat Jumaat lalu.

Model jam yang dipakai Tengku Zafrul ketika itu adalah model G-Shock GA-900-2A berwarna biru bersesuaian dengan warna baju Melayu berwarna seakan serupa.

G-Shock ‘Mat Motor Analog’ bertukar menjadi ‘Jam Belanjawan 2021’ gara-gara Tengku Zafrul

Berdasarkan tinjauan SinarPlus, model ini sudah mulai ditawarkan dengan harga yang tinggi berbanding harga pasaran sehingga ada yang sudah mencecah RM1,200 seperti apa yang dikongsikan oleh Hisyamudin Abd Samad di Facebook miliknya baru-baru ini.

Jam model tersebut juga kini telah digelar Jam Belanjawan 2021 yan pada asalnya jam tersebut dikenali sebagai ‘Mat Moto Analog’ yang hanya berharga sekitar RM450-RM500 sahaja.

Jika ia mampu mencecah ribuan ringgit seperti apa yang didakwa, nampaknya model tersebut bakal menjadi rebutan peminat G-Shock seperti mana model GA-2100 TMJ.

Buat peminat G-Shock, model ini pastinya antara yang perlu berada dalam koleksi sebelum harganya melambung lebih tinggi.

Tengku Zafrul merupakan seorang yang aktif bersukan dan tidak mustahil jenama seperti G-Shock ini kerap disarung oleh beliau.

Sebelum ini juga beliau pernah mendapat perhatian apabila memakai jam yang dikenali sebagai G-Shock Paksu rekaan evergreen berwarna hitam dan silver.

Buat korang yang mencari jam serupa yang dipakai Tengku Zafrul, sempat lagi untuk membelinya pada harga pasaran sebelum dikebas habis oleh reseller dan harga melambung tinggi

Penampilan terselah

Kuala Lumpur: Personaliti Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz amat terserlah ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau bukan sahaja memecah tradisi membawa beg sampul kelabu berbanding beg bimbit hitam yang biasa dibawa Menteri Kewangan sebelum ini.

Malah, Tengku Zafrul yang hampir lapan bulan berkhidmat sebagai menteri dilihat membacakan ucapan daripada peranti elektronik selain, minum daripada ‘tumbler’

Berdasarkan pemerhatian Penganalisis Fesyen, Prof Dr Zuhaili Akmal Ismail, baju Melayu cekak musang rona ‘baby blue’ dipakai Tengku Zafrul diterjemahkan sebagai penampilan yang tenang.

Harga Jam Tak Sampai RM 500

Malah, beliau juga mungkin mengenakan jam tangan Gshock model GA-2100 berona Solid Black yang berharga tidak sampai RM500.

“Penggunaan ‘tumbler’ pula menjadi sesuatu yang baharu dan praktikal.

“Tengku Zafrul bijak mengenakan set pakaian dan aksesori yang bukan sahaja tampak santai, tetapi mencerminkan kefahaman beliau terhadap situasi rakyat yang menantikan ‘buah tangan istimewa’ dalam persekitaran mencabar susulan Covid-19.

“Kita tahu, beliau yang mempunyai latar belakang kerjaya baik dalam sektor korporat, dan boleh sahaja mengenakan sesuatu yang mahal dan bernilai tinggi tetapi beliau tidak kelihatan begitu, hari ini,” katanya.

Penganalisis fesyen antarabangsa itu berkata, Tengku Zafrul juga dilihat kemas dan sentiasa memastikan lengan baju Melayu dipakainya terletak rapi kerana kebiasaannya ia mudah renyuk.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul ketika membentangkan Belanjawan 2021 memaklumkan beliau mengenakan sampin daripada tenunan Pahang Diraja yang dihasilkan penghuni Penjara Penor, Pahang.

Berikutan itu, katanya, kerajaan memperuntukkan RM20 juta kepada Jabatan Penjara Malaysia bagi melaksanakan Program Pembangunan Insan, antaranya memberikan kemahiran vokasional kepada banduan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:http://trendingsangat.pw

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Harga N4ik” Nilai Jam ‘Mat Motor Analog’ Tengku Zafrul N@ik Mend4dak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*