Kalah Pilihan Raya, Melania Katanya Sedang Menunggu Masa Untuk Bercer4i Dengan Trump

Setelah kalah dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kini katanya sedang berdepan dengan masalah perkahwinan pula apabila isterinya, Melania Trump ingin bercerai dengannya. 

Menurut Daily Mail, bekas pembantu Trump, Omarosa Manigault berkata, perkahwinan selama 15 tahun pasangan tersebut sudah pun berakhir.

Sumber: Instagram

Melania kini sedang menanti ‘setiap minit’ sehingga Trump meninggalkan Rumah Putih supaya dia boleh bercerai dengan bekas presiden tersebut.

Jika Melania cuba mengambil tindakan memalukan dan meninggalkannya ketika beliau (Trump) masih dalam jawatan, beliau akan mencari jalan untuk menghukumnya,” katanya.

Sungguhpun pasangan ini memang nampak dingin di khalayak ramai, Melania, 50, dakwa dia dan suaminya mempunyai hubungan yang baik dan Trump, 74 juga mengaku yang mereka tak pernah bergaduh. Pulak ye… 

 

View this post on Instagram

 

.POTUS & FLOTUS #fbf #MAGA 🇺🇸

A post shared by First Lady Melania Trump (@flotus) on

Sebelum ini, Trump pernah membuat perjanjian dengan bekas isteri keduanya, Marla Maples untuk menghalang wanita tersebut dari menerbitkan apa-apa buku atau memberi wawancara yang mengkritiknya.

Menurut peguam Christina Previte, Melania juga mungkin sudah bersetuju dengan perjanjian yang sama.

Malah sebelum ini, Melania pernah berkata yang dia menangis sebaik mengetahui suaminya memenangi pilihan raya presiden 2016 dan dia katanya tidak menyangka Trump akan menang. 

Melania kemudian menunggu 5 bulan sebelum berpindah dari New York ke Washington atas alasan anak mereka, Baron perlu tamatkan persekolahan.

 

View this post on Instagram

 

#HappyFathersDay @Potus ❤️

A post shared by First Lady Melania Trump (@flotus) on


Pun begitu, kata bekas pembantu mereka Stephanie Wolkoff pula, Melania kini sedang berunding mengenai perjanjian pasca perkahwinan untuk beri Baron bahagian yang sama daripada harta Trump.

Alahai dahlah dah kalah, isteri pulak nak tinggalkan dia kan… 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kalah Pilihan Raya, Melania Katanya Sedang Menunggu Masa Untuk Bercer4i Dengan Trump"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*