Peminat Nak Ajak Artis Bergambar? Biarlah Ada Common Sense, Ini Pesan Fizo Omar…

Apabila bergelar seorang selebriti, semestinya diri akan sentiasa menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi jika berada di tempat awam.

Sudah pasti para peminat yang terserempak, tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama artis pujaan mereka.

Bagi pelakon Fizo Omar, katanya, dia sentiasa bersikap terbuka untuk melayan para peminatnya yang mahu mengambil gambar bersama.

Begitupun, kata Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 35, sebolehnya, biarlah permintaan yang dibuat peminat itu mengikut kesesuaian masa dan keadaan yang sepatutnya.

Hal ini kerana, katanya, terdapat segelintir peminat yang seolah-olah tidak mempunyai ‘common sense’ ketika ingin bergambar.

“Saya sebenarnya tak kisah pun, malah gembira sahaja bila keluar di tempat awam dan orang nak bergambar. Sebagai seorang selebriti kita rasa macam dihargai bila ada peminat nak bergambar ataupun minta autograph.

“Tapi kena tengok lah keadaan dan situasi. Common sense lah, kalau tengah makan atau tengah dalam keadaan yang serius, ada yang siap beri arahan lagi: ‘Awak pergi ke meja sana kejap, kami nak bergambar’, kau baru nak suap makan ni (lagi-lagi tengah lapar tak sempat nak makan)… hmmmm…macam mana kau nak react ni??,” luahnya menerusi satu entri di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

Dah jadi public figure, thats the price we have to pay la kan. Syukur alhamdulillah masih ade peminat dan orang support kita. . Tapi common sense la, kalau tgh makan or tgh in the middle of something yg serious, ade yg siap bg insruction lagi, “awk pg ke meja sane jap, kitaorang nak bergambar” , kau bru nak suap makan ni (lagi2 tgh lapar xsempat nak makan)… hmmmm… mcm mne kau nak react ni??? . Sya sebenarnya xkisah pun, malah happy jer bila kua in public dan orang nak bergambar, as a celebrity kita rasa mcm dihargai bila ade peminat nak bergambar ataupun autograph, tapi kene tgk la keadaan dan situasi. . Kalau bukan selebriti pun akan spoil juga kan bila dia tgh makan n disuruh kesana sini utk nak bergambar. . Cuma sya faham di tempat peminat, bukan lah dia kurang beradab ke ape, kadang tu terlebih excited bila jmpe some one yg dia minat or admire. . Bkn marah share ni,cuma saling mengingatkan jer. . Biarlah adab kita menggambarkan berapa tinggi nya nilai bangsa melayu kita.

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Sungguhpun begitu, menurut Fizo, dia tidak pernah menyalahkan peminatnya sebaliknya cuba memahami mereka mungkin terlalu teruja sehingga terlupa adab sepatutnya.

“Kalau bukan selebriti pun akan spoil juga kan bila dia tengah makan dan disuruh ke sana sini untuk nak bergambar.

“Cuma saya faham kalau letak diri di tempat peminat, bukanlah dia kurang beradab ke apa, kadang-kadang tu terlebih teruja bila jumpa seseorang yang diminati,” katanya.

Fizo seterusnya mengatakan dia  berkongsikan perkara ini bukan kerana marah atau tidak menghargai peminat.

“Bukan marah kongsikan perkara ini, cuma saling mengingatkan sahaja. Biarlah adab kita menggambarkan berapa tingginya nilai bangsa Melayu kita,” katanya lagi.

Apapun, kata Fizo dia tetap bersyukur apabila masih mempunyai peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya sejak berkecimpung dalam industri hiburan.

Fizo mula dikenali sekitar tahun 2008 selepas menyertai program realiti Hero Remaja. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Peminat Nak Ajak Artis Bergambar? Biarlah Ada Common Sense, Ini Pesan Fizo Omar…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*