‘Pvtus Bukan Sebab J4nda’

KUALA LUMPUR: Setiap pasangan yang bercinta pasti memasang impian untuk mengakhiri hubungan cinta dengan ikatan perkahwinan yang sah.

Namun sebagai hamba-Nya, siapalah kita untuk menolak kehendak takdir. Sekuat manapun rasa cinta atau kasih sayang antara merpati dua sejoli, jika sudah tertulis tiada jodoh di Luh Mahfuz, pasti ikatan akan terlerai juga.

Begitulah juga kisah sed1h yang menimpa pasangan pelakon, Nonny Nadirah dan Niezam Zaidi yang mengejutkan ramai dengan kisah perkahwinan yang terpaksa dibatalkan, baru-baru ini.

Ketika sedang menanti hari bahagia selepas hampir setahun berpacaran, tiba-tiba Nonny membuat pengakuan, pelamin yang diimpikan musnah sekelip mata menerusi akaun Instagram (IG).

Bagaimanapun, pelakon berusia 31 tahun itu tidak mendedahkan punca pembatalan majlis perkahwinan. Cuma, dia memohon pengertian pengikut supaya mendoakan kebahagiaan mereka dan ditemukan dengan jodoh yang baik.

Nyata dalam situasi getir itu, Nonny masih mampu mengukir senyuman, walaupun jauh di lubuk hati sebenarnya sedang menjeruk rasa.

Meskipun pengakuannya memberikan kesan ke atas dirinya, namun pelakon yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia itu reda dengan apa yang berlaku. Tiada sekelumit perasaan dend4m tersimpan dalam hati.

“Sejujurnya, jika ditanya soalan kenapa tidak jadi berkahwin, saya sendiri tiada jawapan dan masih tertanya-tanya mengapa perkara ini boleh berlaku. Kami sedaya upaya untuk menyelamatkan hubungan ini, namun terpaksa akur tidak semua perkara berlaku seperti dirancang.

“Alhamdulillah, saya tak ada rasa sed1h dengan apa yang berlaku. Malah, saya reda kerana percaya ajal, rezeki dan jodoh, semuanya terletak di tangan Tuhan. Lagipun, saya sudah melalui situasi lebih teruk daripada ini, ketika melalui episod percer4ian, tahun lalu.

“Waktu itu, sed1h, kec3wa, tertekan hingga pernah terdetik untuk menamatkan riwayat diri semuanya bermain dalam fikiran. Justeru, apa yang berlaku ini saya anggap sahaja tiada jodoh. Saya tak berdend4m,” ujarnya yang hadir ke Balai Berita menjadi tetamu kapsul hiburan BHTV, Apa Kes?, baru-baru ini.

Hubungan pasangan yang mula serius selepas pelakon filem M4M4 itu berjumpa keluarga Nonny di Kota Kinabalu, Sabah sebagai menghorm4ti dan menunjukkan kesungguhannya dalam menjalin hubungan dengan pelakon berkenaan.

Malah, Niezam turut merancang untuk berkahwin dengan Nonny selepas selesai penggambaran drama Luka Di Hati Diya yang dibintangi.

Bagi Nonny, terlvka dan dilvkai bukanlah satu perkara baharu dalam hidupnya. Namun, dia risau memikirkan penerimaan keluarga terutama ibunya apabila melihat dar4h dagingnya diperlakukan sebegitu rupa.

Menjawab pertanyaan itu, dia mengakui hati ibu mana mampu menahan melihat anaknya terus berendam air mata disebabkan lelaki.

“Saya bersyukur mama banyak menyokong saya dalam apa juga keadaan. Ketika saya bercer4i, mama sudah kerap mengajak saya pulang ke kampung disebabkan tidak tahan melihat ‘kes4kitan’ yang dilalui kerana lelaki,” ujarnya.

Ditebak dengan soalan apakah punca perpis4han disebabkan statusnya sebagai janda, pemilik nama lengkap, Nonny Nadirah Zainuddin itu pantas menyangkal tanggapan nakal itu.

“Saya sedar apabila berita perpisahan tersebar, ramai yang menyangka ia berpunca status saya sebagai seorang janda. Salahkah saya bergelar janda, bukan saya minta gelaran ini.

“Apa yang saya tahu, status saya bukan masalah buat Niezam atau keluarganya kerana mereka sudah mengetahuinya sejak awal lagi,” tegas pelakon kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini.

Mengulas suara nakal yang mendakwa bekas kekasihnya itu tidak serius menjalinkan hubungan dan sekadar menjadikan kisah cinta sebagai satu loncatan menempa populariti segera, pelakon filem Malay Regiment dan XX Ray 3 ini tidak melihat seumpama itu.

“Jika ada yang beranggapan begitu, terpulang pada mereka. Tetapi, tak timbul isu siapa tumpang populariti sesiapa. Saya dan Niezam mempunyai pengikut tersendiri. Sepanjang mengenalinya, Niezam seorang lelaki yang baik.

“Ketika saya j4tuh dahulu, Niezam banyak membantu dan sentiasa memberi sokongan moral hingga saya bangkit kembali. Cuma, antara kami tiada jodoh, itu sahaja.

“Namun, ia tidak bermakna kami tidak boleh menjadi kawan selepas ini,” katanya yang mula menjalin hubungan istimewa dengan Niezam, tahun lalu.

Biasanya, wanita cantik sepertinya, tidak akan lama hidup bersendirian. Pasti akan ada lelaki yang datang menghampiri untuk mengubati hati yang lara. Namun, untuk memenangi hati wanita ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana pintu hatinya sudah ditutup rapat.

“Saya mahukan lelaki yang boleh membimbing, memberikan kepercayaan dan terima saya seadanya, jika bertemu jodoh. Bagaimanapun, buat masa ini, saya lebih selesa hidup solo.

“Semua borang permohonan sudah ditutup. Saya rasa lebih tenang dengan kehidupan sekarang. Cukuplah, saya tak mahu pening kepala sebab hati ini sudah cukup dis4kiti,” katanya yang sibuk dengan persiapan membawa watak utama dalam pementasan teater berjudul Jalan Akhir yang berkisar kepada kehidupan petugas barisan hadapan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:BH Online

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Pvtus Bukan Sebab J4nda’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*