Dapat Lebih 22 Juta Undian, Haqiem Rusli Bintang Paling Popular ABP33

Penyanyi muda Haqiem Rusli dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular (ABP 33) yang berlangsung malam tadi.

Menerima jumlah undian sebanyak 22,332,676 undian, kemenangan itu sekali gus melayakkan Haqiem membawa pulang sebuah kereta Nissan Leaf bernilai RM181,263 berserta trofi.

Majlis anugerah yang bersiaran Axiata Arena, Bukit Jalilt itu dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Nabila Huda.

Buat pertama kalinya ABP berlangsung tanpa sebarang penonton berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB).

ABP33 diserikan lagi dengan persembahan bertenaga daripada Yonnie Noy, Zynakal, Azlan The Typewriter, Dolla, Syamel, Elly Mazlein, Faizal Tahir, Zizi Kirana dan ramai lagi.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi 13 kategori utama ABP 33, satu Anugerah Khas dan lima kategori online:

Kategori Utama:Artis Baharu Wanita Popular
Isyarina

Artis Baharu Lelaki Popular
Chubb-e

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
Khai Bahar & Siti Nordiana

Penyampai Radio Popular
DJ Lin

Pengacara TV Popular
Sherry Alhadad

Artis Versatil Popular
Siti Nordiana

Artis Komedi Popular
Sherry Alhadad

Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia
Wany Hasrita

Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia
Haqiem Rusli

Pelakon TV Wanita Popular
Siti Saleha

Pelakon TV Lelaki Popular
Ben Amir

Pelakon Filem Wanita Popular
Mawar Rashid

Pelakon Filem Lelaki Popular
Zahiril Adzim

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Francissca Peter

Bintang Paling Popular
Haqiem Rusli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Dapat Lebih 22 Juta Undian, Haqiem Rusli Bintang Paling Popular ABP33"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*