Kluster Kenduri Kahwin, Tiga Bernak Termasuk Pengantin Perempvan Menlnggal Dvnia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor meninggal dunia setelah dijangkiti COVID-19.

Lebih memilukan, jangkitan itu turut meragut nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.

Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.

Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya meninggal dunia pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan meninggal dunia pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang meninggal dunia pada 9 November.

Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kluster Kenduri Kahwin, Tiga Bernak Termasuk Pengantin Perempvan Menlnggal Dvnia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*