“Lama Fikir Nak ‘up’ (Kongsikan) Atau Tak”, Dira Bimbang Kna Kec4m Selepas Dapat Datuk

Kuala Lumpur: Selepas dua minggu menerima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk, barulah pelakon, Dira Abu Zahar, 36, berkongsi mengenainya di Instagram kerana bimbang dikecam netizen.

Dira menerima anugerah itu di Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam pada 1 November lalu.

“Lama fikir nak ‘up’ (kongsikan) atau tak sebab takut kena kecam dengan netizen. Tapi, apabila difikirkan balik, kita buat saja kerana itu semua gerak daripada Allah SWT juga,” tulisnya.

Menurutnya, anugerah itu datang bersama tanggungjawab besar.

“Penghargaan ini datang bukan untuk suka-suka. Ia datang bersama dengan tanggungjawab dan amanah. Insya-Allah, saya buat sehabis dan sedaya mungkin. Saya masih manusia biasa yang masih ada kurang dan lemahnya,” tulisnya.

Dalam hantaran di Instagram itu, Dira turut berkongsi fotonya bersama suami selepas menerima anugerah itu.

Selain Dira, seramai 298 penerima lain turut menerima anugerah dan pingat di majlis istiadat itu.

Dira kini aktif dalam dunia politik bersama Umno sejak 2015.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dira Abu Zahar (@diraabuzahar)


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: hmetro.com.m

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Lama Fikir Nak ‘up’ (Kongsikan) Atau Tak”, Dira Bimbang Kna Kec4m Selepas Dapat Datuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*