Restoran Berstatus Halal Did4kwa Gvna Daging Bab1 Dalm Mee Kari?

Baru-baru ini v!ral di media sosial sebuah video TikTok yang mendak.wa mee kari di sebuah restoran terkenal berstatus halal menggunakan daging babi dalam masakannya. Ketika ini, video tersebut telah ditont0n lebih 18 ribu tont0nan dan juga mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan.

Terbaharu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Selangor (KPDNHEP) telah menyer.bu sebuah restoran terkenal di Subang yang disyaki menggunakan bahan mentah tidak halal di dalam hidangan mi kari semalam.

Menurut Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah dalam ser.buan tersebut, pihaknya telah memeriksa di bahagian dapur restoran dan menemukan bahan mentah digunakan untuk menyediakan menu mi kari kepada pelanggan.

Ketika ditanya, pengurus restoran menafikan daging tersebut adalah daging babi dan menegaskan itu adalah daging ayam diperap dengan perencah barbeku. Bahan mentah itu telah disita bagi tujuan ujian makmal dan keterangan pakar. Menurut pengurus terbabit, bekalan bahan mentah itu dipesan pihak ibu pejabat syarikat restoran itu.

Premis berkenaan mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) yang masih dalam tempoh sah sehingga 30 November ini dan sijil beserta dokumen penghantaran bahan mentah oleh pembekal disita pihak berkuasa.

Menurut Pengarah KPDNHEP Selangor, pihaknya akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan mana-mana pemegang sijil halal Jakim sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan serta sentiasa menekankan aspek kesucian dan kebersihan bagi menjamin kemaslahatan pengguna Muslim di negara ini.

Kes akan disiasat mengikut kesalahan Perintah 3(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan jika disabitkan kesalahan, ia boleh didenda seperti mengikut Perintah 5 Perintah Perihal Dagangan 2011.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:The v0cket

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Restoran Berstatus Halal Did4kwa Gvna Daging Bab1 Dalm Mee Kari?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*