TERKINI, Tarikh Bila Boleh Mohon Pengeluaran Akaun 1 KWSP Akhirnya Diumumkan Dan Bila Duit Akan Masuk Akaun Penerima

KUALA LUMPUR: Individu layak boleh memohon pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 1, mulai bulan depan.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan, jika permohonan diluluskan, amaun boleh diakses sebanyak RM500 sebulan itu akan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon, bermula Januari tahun depan.

Katanya, perincian mengenai akses untuk inisiatif pengeluaran itu yang dikenali sebagai i-Sinar, akan diumumkan pada Rabu depan.

“Kemudahan ini perlu dibuat berdasarkan satu perincian secara teliti bagi mengimbangi keperluan ahli menangani cbaran semasa dan memastikan simpanan persaraan untuk kesejahteraan masa hadapan.

“Perincian dan syarat kemudahan pengeluaran tambahan ini akan dibuat pada masa terdekat selepas keputusan akhir dimuktamadkan,” kata kenyataan itu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menerusi wawancara khas yang disiarkan TV3 baru baru ini, berkata beliau sudah meminta KWSP untuk memperhalusi cadangan pengeluaran daripada Akaun 1.

Katanya, ia dibuat selepas mendengar keluhan dan rlntihan rakyat selepas kerajaan mengumumkan dalam Belanjawan 2021 bahawa hanya pengeluaran bersasar diberikan untuk Akaun 1.

Tengku Zafrul turut berkongsi data kira-kira 42 peratus daripada keseluruhan pencarum KWSP memiliki purata baki simpanan bawah RM5,000.

Permintaan untuk membenarkan pengeluaran Akaun 1 KWSP sebelum ini timbul selepas terdapat cadangan supaya kerajaan membenarkan pengeluaran wang dengan mengehadkan pengeluaran secara sekali keluar atau ‘one-off’ sehingga RM10,000 daripada akaun berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:BHARIAN ONLINE

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "TERKINI, Tarikh Bila Boleh Mohon Pengeluaran Akaun 1 KWSP Akhirnya Diumumkan Dan Bila Duit Akan Masuk Akaun Penerima"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*