Dis4man Hampir RM400k Sebab Deg1l Tak Nak Tvtup Gym Ketika L0ckdown

Seorang pemilik gym di London berdepan saman bernilai £67,000 kerana enggan menutup pusat bina badan dan kecergasan itu, selepas kerajaan Britain melaksanakan perintah berkurung buat kali kedua di seluruh negara.

Memetik laporan The Guardian, lelaki itu yang dikenali sebagai Andreas Michli akhirnya terpaksa akur dengan arahan tersebut selepas pihak polis diarahkan berkawal di hadapan gym tersebut dan melarang orang ramai daripada memasukinya.

Majlis perbandaran Haringey dilapor mengeluarkan beberapa saman ke atas Michli di atas kedegilannya, selain berjaya mendapatkan arahan penutupan gym tersebut dari pihak atasan.

Gym tersebut telah mula beroperasi sejak lebih lima tahun lalu. Susulan penutupannya, Michli berkata dia masih tidak membuat sebarang keputusan mengenai tarikh pembukaannya semula kerana masih perlu menunggu perbicaraan di mahkamah yang akan berlangsung minggu depan.

Britain melaksanakan lockdown buat kali kedua bermula 5 November lalu, dan penutupan semua gym merupakan antara Prosedur Operasi Standard yang dikuatkuasakan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Dis4man Hampir RM400k Sebab Deg1l Tak Nak Tvtup Gym Ketika L0ckdown"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*