Haneesya Hanee Terharu, Tak Sangka Foto Bertudung Terima Pujian

Sering dikecam susulan kontroversinya terdahulu, pelakon Haneesya Hanee akui terharu apabila foto mengenakan hijab yang dimuat naik di Instagram mendapat komen positif di kalangan netizen.

Menurut Haneesya, sudah lama dia menantikan ruangan komen Instagram miliknya dipenuhi dengan ucapan kata-kata positif dari orang ramai. Dalam pada itu, Haneesya mengakui ada niat untuk berhijab namun belum masanya lagi.

“Saya sangat gembira baca komen-komen yang positif dari netizen dan dapat lihat perbezaan berbanding dulu.

“Walaupun imej saya berhijab ini untuk penggambaran tetapi apa yang boleh saya katakan, komen-komen mereka ini sedikit sebanyak membuka pintu hati saya untuk berhijab. Dah lama saya ada niat untuk berhijab cuma belum masanya lagi. InsyaAllah satu hari nanti,” katanya.

Kehidupannya kini lebih baik dan lebih tenang selepas berdepan ujian hebat awal tahun lalu, Haneesya berkata dia mahu kembali dengan semangat baru dan mula memaafkan diri sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee)

Difahamkan, Haneesya kini sudah mula aktif kembali dalam bidang peragaan dan turut mempunyai bisnes produk penjagaan rambut miliknya sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Haneesya Hanee Terharu, Tak Sangka Foto Bertudung Terima Pujian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*