“Kakinya Bengkak Sampai Lutut,” Anak Mengadu Saklt Kaki, Bila Periksa Ada Ular Dalam Penutup Rantai Basikal

Pertembungan dengan ular merupakan mimpi ngeri buat kebanyakan orang, apatah lagi jika bertembung dengan spesies berbah4ya dan berblsa. Jika silap percaturan, boleh melayang ny4wa.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kisah anaknya yang dipatvk ular ketika sedang berbasikal di luar rumah mereka di Gelang Patah, Johor.

Kongsi Puan Aida Dalila Damia, kejadian tersebut berlaku terhadap anaknya yang berusia tiga tahun bernama Sumayyah, pada pagi tadi selepas mereka bersarapan.

“Pagi tadi, lepas sarapan, dia nak keluar rumah main basikal. Keluar sorang-sorang. 10 minit lepas tu dia cakap sakit kaki. Ingatkan dia jatuh atau seliuh biasa.
“Bawak dia masuk nak mandi. Lepas mandi rasa macam tak sedap hati, keluar tengok kat basikal, ada kepala ular keluar kat penutup rantai basikal dia,” kongsinya kepada Siakap Keli.

Tanpa membuang masa, beliau kemudiannya melib4s ular berkenaan menggunakan kayu sehingga m4ti. Wanita itu kemudiannya segera menghubungi si suami pulang dari kerja dan membawa anak mereka ke hospital

Kongsinya, ular itu dipercayai spesies ular kapak bakau.

“Saya duduk kawasan Gelang Patah, Johor. Sini memang banyak kawasan bakau. Ramai bagitahu ular kapak bakau,” ujarnya sambil berkongsi gambar kesan patvkan ular tersebut.

Kongsinya, gambar itu diambil selepas Sumayyah dipatvk ular, namun ketika itu dirinya belum mengesyaki apa-apa.

“Gambar mula-mula masa kena. Tapi belum syak kena patuk ular.”

Gambar: Puan Aida Dalila Damia
Selepas mendapatkan rawatan di hospital, keputusan ujian darah Sumayyah didapati negatif.

“Keputusan darh paling terbaru jam 8 pm tadi. Alhamdulillah negatif, bisa tak merebak ke atas, tapi bisa kumpul turun ke tapak kaki.

“Kakinya bengk4k sampai lutut. 6 jam sekali ambil dar4h buat ujian nak periksa takut dar4h ada bis4 atau ada dar4h beku. Selagi bengkak tak surut, pakar akan terus buat susulan,” katanya.

Sumber: via siakap keli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:siakap keli

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kakinya Bengkak Sampai Lutut,” Anak Mengadu Saklt Kaki, Bila Periksa Ada Ular Dalam Penutup Rantai Basikal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*