KWSP Umum Ada SYARAT Pula Untuk Keluarkan Duit Dari Akaun 1

KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum inisiatif i-Lestari daripada Akaun 2 terlebih dahulu sebelum boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 1 menerusi inisiatif i-Sinar.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon, berkata itu adalah antara beberapa syarat yang diputuskan kepada pencarum yang layak memohon program i-Sinar.

“Untuk bantuan kepada pencarum KWSP, sebelum ini dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), kerajaan sudah membenarkan pengeluaran Akaun 2 di bawah i-Lestari sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM6,000.

“Dalam Belanjawan 2021 pula, kerajaan benarkan pengeluaran Akaun 1 oleh pencarum KWSP dengan beberapa syarat, antaranya ia disasarkan kepada golongan yang terjejas.

“Selain itu, pencarum (yang layak) perlu menghabiskan Akaun 2 di bawah jumlah maksimum i-Lestari terlebih dahulu, baru boleh dikeluarkan Akaun 1,” katanya dalam program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan secara langsung di TV1, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kaedah untuk membolehkan inisiatif pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP turut dinikm4ti pencarum yang terkesan dalam tempoh pandemik COVID-19, selain mereka yang kehil4ngan pekerjaan.

Mengulas lanjut, Asri berkata, kerajaan sedang berbincang dengan KWSP mengenai beberapa kriteria lain untuk membantu lebih banyak pencarum yang terkesan menerusi pengeluaran simpanan Akaun 1.

“Kerajaan meminta KWSP supaya memperhalusi dan mempertimbangkan penambahbaikan kriteria pengeluaran.

“Kerajaan akan meneliti semua aspek tentang apa yang boleh dilakukan untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara,” katanya.

TARIKH BILA BOLEH MOHON PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP AKHIRNYA DIUMUMKAN DAN BILA DUIT AKAN MASUK AKAUN PENERIMA

Individu layak boleh memohon pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 1, mulai bulan depan.

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan, jika permohonan diluluskan, amaun boleh diakses sebanyak RM500 sebulan itu akan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon, bermula Januari tahun depan.

Katanya, perincian mengenai akses untuk inisiatif pengeluaran itu yang dikenali sebagai i-Sinar, akan diumumkan pada Rabu depan.

“Kemudahan ini perlu dibuat berdasarkan satu perincian secara teliti bagi mengimbangi keperluan ahli menangani cabaran semasa dan memastikan simpanan persaraan untuk kesejahteraan masa hadapan.

Tengku Zafrul turut berkongsi data kira-kira 42 peratus daripada keseluruhan pencarum KWSP memiliki purata baki simpanan bawah RM5,000.

Permintaan untuk membenarkan pengeluaran Akaun 1 KWSP sebelum ini timbul selepas terdapat cadangan supaya kerajaan membenarkan pengeluaran wang dengan mengehadkan pengeluaran secara sekali keluar atau ‘one-off’ sehingga RM10,000 daripada akaun berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:BH via Transformasi

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "KWSP Umum Ada SYARAT Pula Untuk Keluarkan Duit Dari Akaun 1"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*