Sissy Iman Tervk Dih3ntam, Dih1n4 Di (ABP33), Ni Respon Padu Bapanya Buat Ramai Terdiam

FESYEN penyanyi Sissy Imann ketika acara kemuncak Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABP33) semalam menjadi bahan kritikan warganet apabila penampilannya dikatakan kurang menyerlah dan bersesuaian untuk acara berprestij itu.

Bapa Sissy, Mohammad Kamil Moustaff, meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan warganet dan tampil berkongsi tentang kisah di sebalik persiapan Sissy sebelum tampil dengan persalinan terbabit.

Menurut Mohammad Kamil, dia sudah melakukan yang terbaik untuk memastikan anak perempuannya itu tampil terbaik pada acara terbabit.

“Biarlah orang kutvk pun, saya akur dan sedar diri yang saya ini bukan siapa-siapa. Saya seorang bapa yang hanya melakukan tanggungjawab supaya anak meraih kejayaan.

“Tiada hamba Allah yang nak sponsor, benar-benar approach pun. Baik busana, mahupun kelengkapan dirinya untuk berada di pentas kecil mahupun di tempat gah. Saya pula bukan jenis yang meminta-minta,” jelasnya.

Tambahnya, segala persiapan dilakukan sendiri olehnya demi memastikan Sissy tampil sempurna untuk acara itu.

“Dari awal, saya sendirilah yang bersengkang mata untuk jahitkan batu perhiasan di baju. Entah berapa ribu kali jari ini tertusuk jarum. Mata ini bukanlah terang sangat pun.

“Mel3cur juga kena gam pan4s merekakan subangnya, dandankan rambut, sarungkan baju dan betulkan segalanya.

“Terb4kar dan mel3cur tangan dek terkena p4nas curler dan iron bila mendandan rambutnya. Saya ini bukanlah profesional yang tahu segalanya, tapi saya tetap melakukannya demi anak sehabis baik mungkin.

“Setiap kali dia beraksi, saya akan sentiasa mahu berada sama untuk memastikan dia sentiasa kelihatan bagus di mata saya. Sekurang-kurangnya dia berada dalam keadaan sopan dan tertib sehinggakan kadang-kadang saya lupa diri bertongkat ke sana ke mari,” luahnya.

Dalam pada itu, Mohammad Kamil yang sentiasa menemani Sissy itu juga menyatakan perasaan bangganya apabila anaknya itu sentiasa menunjukkan penghargaan ke atas setiap apa yang dilakukan.

“Saya bangga dengan anak saya yang seorang ni. Setiap kali selesai, dia akan sentiasa tanya keadaan saya sama ada OK atau tidak.

“Itu sudah puas bagi saya apabila dia menunjukkan aprisiasinya. Saya bentuk dia sampai kehari ini. Sedikit demi sikit sampailah dia jadi siapa diri dia hari ini. Orang boleh mengec4m, tapi jerih perih saya, hanya Allah saja yang tahu.

“Jutaan terima kasih saya nak ucapkan pada penyokong tegar anak saya ini. Teruslah menyokong tanpa berbelah bagi. Terima kasih juga pada yang mengh3ntam, mengh1na dan menc3rca kerana kekalkan kami untuk sentiasa merendah diri dan menyedarkan kami untuk sentiasa berdiri dibumi nyata,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Sinarplus via trendinggiler

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Sissy Iman Tervk Dih3ntam, Dih1n4 Di (ABP33), Ni Respon Padu Bapanya Buat Ramai Terdiam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*