Sedlhnya Teng0k Lara Alana Teresak-Esak Menangls Pemerglan ‘Sushi’

Menerusi hantaran di media sosial, Lara Alana dilihat menangis teresak-esak selepas mengetahui ikan peliharaan diberi nama ‘Sushi’ tidak lagi bernyawa.

Menerusi kapsyen di Instagram milik Lara, ia merupakan pengalaman pertama anak pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Alyahya itu kehilangan sesuatu yang disayanginya.

“Allah lebih sayangkan Sushi. Sekarang baru Lara tahu, yang kita tidak bersedia untuk situasi begini.

Kredit foto: IG Lara

“Ini pengalaman pertama Lara hilang sesuatu yang sangat Lara sayang. Masa Mak cik Joy beritahu yang Sushi sudah tiada, Lara tidak faham lagi.

“Lara ingat bila kita beri makan dia, dia akan hidup balik. Tetapi rupanya Sushi sudah pergi buat selamanya.

“Terima kasih Sushi kerana menggembirakan hidup kami selama lapan bulan terutama masa PKP hari itu. Sekejap sahaja kita dapat bersama,” memetik kapsyen dimuat naik di Instagram Lara.

Terdahulu, video berdurasi tiga minit dimuatkan menunjukkan Lara tidak mampu menahan kesedihan selepas ikan peliharaannya mati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lara Alana Ahmad (@laraalanaa)

Bapanya, Awal kelihatan melakukan proses menanam bangkai ikan tersebut di satu kawasan.

Semenatar itu, rata-rata orang ramai tersentuh hati melihat keadaan Lara selain bersimpati dengan pemergian ‘Sushi’.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Sedlhnya Teng0k Lara Alana Teresak-Esak Menangls Pemerglan ‘Sushi’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*