Tingginya! Gaji Kerja Operator Kren Menara Buat Ramai Terkeejut

” Hidup di atas sana (kabin kren) bagaikan pnjara, hanya fokus pada tugasan yang diberi sehingga siap.”

Itu perkongsian seorang pemuda, Muhammad Arash Ramdhan Saiidi, 22, yang memilih kerjaya yang sinonim dengan pekerjaan warga asing iaitu sebagai operator kren menara.

Justeru, ramai yang memandang rendah pekerjaan yang diceburi Arash kerana menyangkakan bidang itu tidak sesuai untuk lelaki tempatan sepertinya.

Menurut Arash, terpaksa tinggal di atas bangunan lebih lapan jam sehingga paling lama dua hari sudah menjadi perkara biasa bagi pemuda yang berasal dari Machang, Kelantan ini.

Jadual hariannya luar biasa yang mana harus bekerja enam hari seminggu dan di atas bangunan itulah tempatnya beristirahat, makan, minum malah ada ketikanya terpaksa menjadi tempat ‘melepaskan hajat’.

” Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk menceburi kerjaya dalam bidang pembinaan.

” Kami hanya akan makan dan minum jika disediakan saja dengan mengangkutnya menggunakan tali dari bawah,” katanya kepada Harian Metro.

Anak sulung dari dua beradik itu berkata, walaupun beribu kepayahan yang ditanganinya ketika bertugas, dia tidak pernah menyesal memilih kerjaya itu.

Berapa gaji sebagai operator kren menara?

” Gaji tetap sebulan RM5,000 dan kebiasaanya akan lebih daripada jumlah itu sehingga RM13,000 termasuk dengan elaun kerja lebih masa.

” Dengan kerja inilah saya mampu menyara keluarga, adik saya yang kini belajar di universiti serta boleh membeli barangan yang diingini menggunakan wang sendiri,” katanya

Berkongsi lanjut, Muhammad Arash Ramdhan berkata, walaupun kerjayanya itu diibaratkan bagai nywa dihujung tanduk namun pendapatan yang diterimanya berbaloi.

Katanya, dia tidak menafikan kerjaya itu sememangnya dipelopori warga asing dari BangIadesh dan Indonesia disebabkan tidak menjadi pilihan belia sepertinya.

” Tipulah pada awal masuk kerja tidak gayat, tapi lama-kelamaan sudah biasa. Malah, warga dari BangIadesh di tempat kerja itu sudah menjadi rakan baik saya.

” Saya kagum dengan semangat dan kerajinan mereka (warga BangIadesh) ini ketika bertugas.

” Semangat yang mereka miliki itulah menjadi pendorong kepada saya membuktikan warga tempatan juga boleh,” katanya yang sudah lebih dua tahun dalam industri pembinaan.

Menurutnya, antara tugasnya sebagai operator kren menara termasuklah mengendalikan kren dan mempermudahkan urusan pembinaan.

Walaupun berdepan ris1ko tinggi ketika bertugas, Muhammad Arash Ramdhan berkata, dia hanya bertawakal kepada Allah dan patuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Terdahulu, Muhammad Arash Ramdhan berkongsi pengalaman sebagai operator kren menara di aplikasi Tik Tok miliknya dan mendapat perhatian warganet sehingga ditonton lebih 684,000 kali setakat ini.

Bagi Muhammad Arash Ramdhan, perkongsian itu hanya bertujuan memberikan motivasi dan ilmu kepada masyarakat luar mengenai bidang tugasnya.

Menerusi video tular itu, Muhammad Arash Ramdhan menunjukkan bagaimana dia melintas jambatan berketinggian 40 tingkat untuk naik ke kabin kren sehingga mengundang rasa gayat pelayar yang menontonnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:https://www.asiakini.com/2020/11/15/gaji-operator-kren-menara/

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tingginya! Gaji Kerja Operator Kren Menara Buat Ramai Terkeejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*