Berita Baik!! KWSP Benarkan PengeIuaran Akaun 1 , Pendahuluan Maksimum Antara RM 4,000 Hingga RM 10,000,Ketua Pegawai Beritahu Bagaimana Caranya

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan perlncian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar.

Kenyataan rasmi oleh KWSP

Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa , KWSP telah mengambiI langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehiIangan pekerjaan , diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.

I-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 Juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 Billion akan tersedia untuk ahli yang layak.

Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat.

Pengkreditan pertama akan bermula Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

Secara umum , ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM 100.

a. Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1) akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM 9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

b. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1) akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun , amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

Berikut contoh pengiraan yang diberikan oleh pihak KWSP

Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan ini perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang telah diterima telah digantikan semula. Selepas itu , caruman akan kembali ke kadar pec4han asal itu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krlsis , ahli digalakka  untuk mendapatkan naslhat kewangan melalui Pegawai Khidmat Naslhat Persaraan KWSP dan/atau agensi kaunseIing dan Pengurusan Kredit.

Maklumat lanjut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Kenyatan rasmi KWSP

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:

Jabatan Hal Ehwal Korporat EPF

Via tranformasi

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Berita Baik!! KWSP Benarkan PengeIuaran Akaun 1 , Pendahuluan Maksimum Antara RM 4,000 Hingga RM 10,000,Ketua Pegawai Beritahu Bagaimana Caranya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*