Kes Positif Semakin Meningkat Di Kuala Lumpur. Menteri Ismail Sabri Beri Gambaran Apa Yang Bakal Terjadi

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menolak Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Keputusan itu akan diambil berikutan kes COVID-19 yang semakin meningkat di kawasan tersebut.

Begitupun, Ismail Sabri berkata, ia hanya akan ditentukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas penilaian risiko dilakukan.

“Setelah buat penilaian risiko, berdasarkan jumlah kes yang ada, berdasarkan kebarangkalian jangkitan di situ, jadi KKM akan cadangkan pada sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kita akan tentukan berdasarkan cadangan daripada KKM.

“Setakat ini, kita serahkan kepada KKM, tidak ada cadangan baru tentang PKPD di kawasan tertentu. Setakat ini masih lagi PKPB di Wilayah Persekutuan,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Dalam pada itu, kerajaan juga bercadang untuk memperketatkan pemantauan melibatkan pekerja asing dalam sektor pembinaan dan industri lain memandangkan kes COVID-19 membabitkan mereka semakin meningkat.

Ismail Sabri berkata, usaha itu perlu dilakukan bagi memastikan virus tersebut tidak merebak ke dalam komuniti.

“Sebab itulah kita tengah membuat penilaian. Selain dari swab test, bagaimana hendak kawal pergerakan mereka dari menjangkiti komuniti lain.

“Tapi ya, kalau jawapan untuk memperketatkan, ya kita memang bercadang untuk memperketatkan bukan saja pekerja pembinaan tapi pekerja sektor industri lain tapi bagaimana?

“Tunggulah pembentangan dari Kementerian Sumber Manusia nanti,” katanya lagi.

Untuk rekod, Lembah Klang mencatatkan angka kes paling tinggi iaitu sebanyak 544 pada Isnin, berbanding 460 kes pada Ahad.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Awani

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kes Positif Semakin Meningkat Di Kuala Lumpur. Menteri Ismail Sabri Beri Gambaran Apa Yang Bakal Terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*