‘Sedlh Orang Persoal Apa D0sa Saya Hingga Lahlrkan Ank Sebegitu’

Alesha dilahirkan pramatang iaitu ketika kandungan saya berusia lapan bulan jadi dia pernah ditempatkan di Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU) selama 97 hari.

“Sejak lahir, Alesha memerlukan pemantauan rapi malah dia hanya boleh makan bubur kosong dan tidak dapat menjamah nasi kerana mempunyai masalah penghadaman.

“Selain itu, Alesha juga masih memakai lampin pakai buang dan perlu diberi minum susu khas yang membantunya untuk cepat kenyang ,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Noor Aishah yang mempunyai dua anak lain berusia 20 dan 12 tahun berkata, doktor mengesyorkan pemasangan alat bantuan iaitu magnet di belakang telinga Nurul Alesha bagi merangsang pendengarannya selain melakukan ujian genetik bagi memeriksa lebih lanjut tahap kesihatannya.

Namun, Noor Aishah dan suami, Abdul Aziz Karrim, 49, tidak mampu membiayai kos pemasangan alat bantuan pendengaran yang berjumlah RM5,800 manakala RM1,800 untuk melakukan ujian genetik.

“Ikutkan, doktor mengesyorkan untuk membuat cuping telinga tetapi kosnya lebih tinggi iaitu mencecah RM60,000 jadi alternatifnya adalah memasang magnet berkenaan sebagai alat bantu pendengarannya.

“Ujian genetik pula perlu dilakukan bagi mengetahui masalah lain kerana walaupun tidak boleh bercakap, Alesha kerap memberi isyarat kepada saya yang kakinya mudah penat sejak kebelakangan ini jadi doktor mahu memastikan apakah punca sebenarnya.

“Jika ada wang yang cukup tidak mungkin akan melengahkannya tetapi ia diluar kemampuan kerana saya adalah suri rumah sepenuh masa manakala suami pula bekerja sebagai pemeriksa tapak pembinaan dengan pendapatan RM1,900 saja,” katanya.

Kredit foto: Harian Metro

Noor Aishah berkata, buat masa ini, keluarga mahupun anaknya itu tidak mendapat bantuan daripada agensi kerajaan dan bergantung kepada pendapatan suaminya sahaja.

“Setiap bulan, saya dan suami perlu membeli 15 tin susu berharga RM87 setiap satu serta enam paket lampin pakai buang berharga RM55 seunit.

“Kami pernah membeli lampin pakai buang yang lebih murah tetapi tidak serasi dengan Alesha jadi terpaksa kekal dengan jenama yang biasa digunakannya walaupun lebih mahal.

“Dua tahun lalu, saya dan suami ada berikhtiar memohon kad perakuan Orang Kurang Upaya (OKU) buat Alesha tetapi gagal dengan alasan kelulusan hanya untuk yang tidak mempunyai kedua-dua belah telinga tetapi kini dalam proses membuat permohonan semula dengan bantuan serta surat sokongan doktor di hospital,” katanya.

Biarpun berat ujian yang ditanggung, Noor Aishah dan suami reda dengan ketentuan Allah namun tetap akan terus berikhtiar demi melihat Nur Alesha membesar seperti kanak-kanak lain.

“Sedih juga apabila ada individu yang memandang pelik apabila melihat keadaan Alesha malah segelintirnya tergamak mempersoalkan apa dosa saya lakukan hingga dikurniakan anak sebegitu.

“Namun, saya dan suami cuba bersabar kerana Alesha adalah amanah dan anugerah Allah buat kami malah bersyukur sangat apabila dia disayangi seluruh ahli keluarga.

“Lagipun, ini bukan kali pertama saya dan suami diuji kerana anak sulung saya dilahirkan dengan kaki terbalik tetapi sudah kembali normal manakala bahu anak patah ketika dilahirkan.

“Cuma, saya harap orang ramai mendoakan Alesha. Jika ada yang mahu membiayai kos pemasangan alat bantu pendengaran dan ujian genetik, saya dan suami terimanya dengan tangan terbuka,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghubungi Noor Aishah di talian 016 616 2701 atau menyumbang di akaun Maybank 151623036042 atas nama Abdul Aziz Karrim

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Sedlh Orang Persoal Apa D0sa Saya Hingga Lahlrkan Ank Sebegitu’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*