“Setiap Kali Hujan Lebat Kena Hadap” Banjir Paras Pinggang Sejak Tahun 2000, Tapi DBKL ‘Tutvp M4ta’?

Semalam, seorang individu berkongsi di Twitter video yang menunjukkan rakannya bersusah payah ketika dilanda musibah banjir. Melalui video itu, boleh dilihat banjir di dalam rumah sudah sampai ke paras pinggang dan menurut Adam Nizam, rakannya Aaz memang akan lalui perkara tersebut setiap kali hujan lebat.

Kali kedua sejak bulan lepas!

Kata Adam, rumah rakannya terletak di Keramat, Kuala Lumpur dan ianya dihuni 8 individu iaitu dua warga emas, seorang OKU, seorang kanak-kanak dan 3 orang dewasa. Tujuannya menyebarkan video tersebut adalah supaya pihak berwajib sedar dan ambil tindakan sepatutnya.

Mana tidaknya, menurut bapa Aaz, isu banjir naik sehingga ke paras pinggang itu sudah dilalui mereka sekeluarga sejak 1969 lagi. Namun ketika itu, keadaan tidaklah seteruk sekarang di mana banjir hanya setakat paras kaki.

Berkongsi , Adam berkata keadaan menjadi semakin teruk untuk keluarga Aaz sejak tahun 2000-an. Lebih teruk lagi, banjir itu adalah kali kedua dilalui keluarga Aaz sejak bulan lepas dan sejak tahun lepas mereka terpaksa hadap situasi tersebut sebanyak 6 ke 7 kali.

DBKL tak buat apa-apa pun

Walaupun dah kenal pasti masalah yang menyebabkan banjir itu adalah kemungkinan longkang tersumbat berdekatan dengan sungai, pihak DBKL tidak melakukan apa-apa atau mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu mereka.

Difahamkan, bapa Aaz telah membuat aduan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan menghantar surat kepada DBKL pada Disember 2019, namun tiada follow-up diterima daripada mereka.

Adam turut berharap netizen sebarkan video itu dan bantu buat aduan kepada DBKL bagi pihak keluarga rakannya. Katanya,

Kalau seorang pakcik saja yang pergi buat aduan tentang isu ini, tiada apa yang dilakukan. Tapi kalau 10 atau lebih ramai yang buat aduan kepada DBKL, mungkin mereka akan fikir untuk perbaiki keadaan.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Setiap Kali Hujan Lebat Kena Hadap” Banjir Paras Pinggang Sejak Tahun 2000, Tapi DBKL ‘Tutvp M4ta’?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*