Suami Tak Sengaja R0sakkan Sudip Favourite Isteri, ‘Gelabah’ Minta Bantuan Netizen

Pada masa kini bukan si suami sahaja yang sibuk berkerja, malah si isteri juga turut sama berkerja untuk menyara keluarga.

Jadi, tugas memasak ini perlu dipelajari oleh kedua-dua belah pihak sebagai satu ‘ikhtiar hidup’ supaya ‘tragedi’ ketika memasak di dapur tidak berlaku terutamanya buat si suami yang tidak tahu memasak.

Seperti insiden lucu yang tular di laman Facebook baru-baru ini, seorang lelaki telah memuat naik satu posting di sebuah group untuk meminta bantuan daripada netizen berhubung satu insiden ‘serious’ yang menimpanya ketika sedang ‘syok’ memasak di dapur.

Tak sengaja rosakkan senduk favourite isteri

Lelaki itu turut berkongsi gambar sudip yang tidak sengaja dirosakkan ketika menggunakannya untuk memasak. Menurutnya lagi, sudip itu adalah kepunyaan si isteri.

Apa yang lebih menakutkan, sudip yang telah cair itu merupakan sudip favourite yang selalu digunakan oleh isterinya sewaktu memasak!

Dia dikatakan sedang memasak nasi goreng dengan menggunakan sudip kesayangan isterinya sementara isterinya pula busy menghadiri kelas online.

Mungkin disebabkan haba daripada kuali yang terlalu panas menyebabkan sudip itu cair dengan sendirinya.

“Apa nak jawab dengan wife eh?”

Dia yang berasa ‘cuak’ dengan kerosakan yang tidak disengajakan itu sempat meminta bantuan dan idea daripada netizen tentang bagaimana cara untuk berhadapan dan menjelaskan hal itu kepada si isteri.

“Salam semua, minta tolong jap… Apa nak jawab dengan wife eh? Ada dua jam sebelum dia habis kelas online…Dah la dia selalu guna benda ni… Ke buang terus? Dah kabur masa depan ni rasanya…”

Posting yang dikongsinya di laman Facebook melalui group @Suami Masak Apa Hari Ini? pada 14 November yang lepas berjaya meraih perhatian netizen yang rata-rata berasa geli hati dan bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki ini.

Ada juga yang berseloroh menitipkan cadangan dan juga idea yang mungkin boleh digunakannya untuk berhadapan dengan si isteri.

“Salam takziah bang…” – Netizen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Suami Tak Sengaja R0sakkan Sudip Favourite Isteri, ‘Gelabah’ Minta Bantuan Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*