Darvrat Mungkin Perlu Diisytiharkan Di Gerik Jika Kes Meningkat – MB Perak

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pengisytiharan darurat di Gerik sebagaimana di Parlimen Batu Sapi, Sabah mungkin perlu dilaksanakan sekiranya kes C0vid-19 terus meningkat.

Menurut Ahmad Faizal, pengisytiharan darurat itu dapat membantu memut0skan rantaian C0vid-19.

“Tumpuan utama kita sekarang adalah meme.rangi C0vid-19. Saya secara peribadi percaya bahawa politik bukanlah keutamaan.

“Tetapi memandangkan kerana kita mengamalkan sistem demokrasi, adalah lebih elok untuk serahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengumumkan pilihan raya kecil terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Projek Khas Tani C0vid-19 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di Ipoh pada Khamis.

Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersetuju mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi, sekali gus membatalkan pilihan raya kecil kerusi itu yang sepatutnya diadakan pada 5 Disember depan.

Kerusi Parlimen Gerik kosong berikutan kemat!an penyandangnya, Datuk Hasbullah Osman akibat sera.ngan jantung, pada Selasa (17 November).

Susulan itu, Dewan Rakyat pada Rabu telah mengemukakan pemberitahuan kekosongan luar jangka kerusi Ahli Parlimen Gerik kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, selaras Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, SPR hendaklah mengisi kekosongan luar jangka Parlimen Gerik, Perak dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan SPR bahawa ada kekosongan.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal menyifatkan Allahyrham Hasbullah merupakan seorang ahli Parlimen yang banyak berjasa kepada penduduk di Gerik.

“Saya mengenalinya sejak di bangku sekolah dan menganggapnya sebagai abang.

“Hasbullah telah memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk orang-orang di Gerik,” katanya. –

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:mStar, The Sta

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Darvrat Mungkin Perlu Diisytiharkan Di Gerik Jika Kes Meningkat – MB Perak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*