“K0ngsi F0to Selepas Bers4lin,” Netizen Kagvm Kec4ntikan Emma Maembong

Dalam diam pelakon Emma Maembong telah pun selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.2 kilogram di pusat perubatan di Shah Alam pada 8 November lalu secara normal.

Namun perkara itu baru sahaja dimaklumkan kepada umum beberapa hari lalu. Menerusi Instagram, Emma turut berkongsikan video memaparkan suaminya tidak dapat menahan sebak di atas kelahiran anak mereka.

Menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang merasai pengalaman bergelar ibu, Emma berkata ianya pengalaman sangat berharga dan tidak dapat dilupakan olehnya.

Dalam pada itu, Emma turut memuat naik fotonya selepas bersalin sambil memangku anaknya. Rata-rata netizen memuji kecantikan Emma meskipun tanpa sebarang mekap serta tidak melepaskan peluang menzahirkan ucapan tahniah.

Emma dan Muhammad Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan berita kehamilannya ketika usia kandungan memasuki 4 bulan ketika mereka sedang bercuti di Langkawi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“K0ngsi F0to Selepas Bers4lin,” Netizen Kagvm Kec4ntikan Emma Maembong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*