“Tahun Ni Tema Biru Ke Bro?” Netizen Titip Ucapan Selamat Hari Lelaki Untuk Sajat

Tanggal 19 November setiap tahun diangkat sebagai Hari Lelaki Sedunia. Sudah pasti ramai yang memberi ucapan terutamanya golongan wanita kepada ahli keluarga, rakan ataupun teman lelaki mereka.

Tidak hanya itu, ramai juga kaum hawa yang berseloroh dengan meluahkan harapan yang mereka inginkan kepada para lelaki di luar sana.

Ucapan tersebut juga turut diberikan kepada usahawan terkenal dan juga selebriti media sosial iaitu Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Dapat ucapan daripada netizen

Menerusi muat naik tarian TikToknya di laman Instagram, posting usahawan berusia 35 tahun itu dipenuhi dengan ucapan Selamat Hari Lelaki daripada netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Sajat (@nursajat23)

Selamat Hari Lelaki sedunia bro!

Posting yang dilakukan oleh Sajat itu memperlihatkan dia sedang posing dengan memakai baju biru ketat di kedai emas miliknya mengikut irama muzik.

Sebahagian besar komen yang diperoleh daripada netizen adalah dengan memberikan ucapan selain mengusik penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu.

Tema biru ke tahun ni

Bila nak kahwin bang?

Sajat merupakan usahawan kosmetik yang penuh kontroversi apabila ramai yang meragukan status jantinanya.

Februari lalu, dia telah menggemparkan negara apabila bertelekung semasa menunaikan umrah di Tanah suci sehingga menjadi perdebatan netizen.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas isu tersebut dengan lebih lanjut malah kontroversi terbabit senyap begitu sahaja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Nursajat23

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tahun Ni Tema Biru Ke Bro?” Netizen Titip Ucapan Selamat Hari Lelaki Untuk Sajat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*