Foto Dah Pun Terseb4r, Ini Penjelasan Khai Bahar Kaitan Dia Dgn ‘Datuk Seri’ Yg Kena Tahan Itu

Beberapa hari yang lalu heboh di media sosial seorang individu bergelar ‘Datuk Seri’ dari Kelantan yang ditahan pihak berkuasa kerana disyaaki terbabit dengan sindiket pnyeIvdupan ddah.

Susulan dari itu beberapa nama artis dan usahawan popular turut dikaitkan apabila warganet cuba mengorek siapa sebenarnya suspk yang dikatakan memiliki kereta mewah, Ford Mustang.

Terbaru, usahawan ksmetik yang mnyeIvdup ddah jenis meth4mphetam1ne rentas negara itu turut memberi tempias kepada penyanyi Khai Bahar.

Mengakui menjadi duta untuk salah satu produk keluaran syarikat milik usahawan tersebut, Khai berkata dia tidak mengetahui mengenai pembabitan lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ dari Kelantan dengan aktiviti berkenaan.

Saya tak tahu menahu

” Saya tak tahu-menahu mengenai pembabitan individu itu… tapi saya sedar mengenai gambar kami tular di media sosial.

” Saya baru sahaja menjadi duta untuk produk minuman susu berperisa keluaran syarikat itu.

” Foto kami diambil pada September lalu semasa pertemuan bagi membincangkan mengenai produk.

” Tentang isu lain saya tak tahu-menahu, saya hanya jalankan tanggungjawab… itu pun masih belum buat kerja lagi sebagai duta sebab masih baru,” katanya kepada mStar.

Khai ditemui semasa pelancaran Konsert Inteam 20 Tahun yang diadakan di pejabat Inteam Records, Petaling Jaya, Selangor.

Khai merupakan salah seorang penyanyi yang akan membuat persembahan bersama kumpulan nasyid Inteam, Unic, Hijjaz, Zayne, Lah Ahmad dan Exists.

Konsert secara virtual itu akan dipancarkan secara langsung dari Warisan Hall Studio Sijangkang, Selangor pada 12 Disember depan.

Serah pada peguam baki kontrak

Sementara itu, penyanyi lagu Bayang ini berkata dia menyerahkan sepenuhnya kepada peguam untuk membuat keputusan mengenai kontraknya sebagai duta dengan syarikat berkenaan.

Malah Khai mengakui tidak terkesan apabila nama dan gambarnya dikaitkan dengan isu itu.

” Sama ada nak teruskan kerjasama dengan produk itu… saya serahkan kepada peguam sahaja.

” Sejujurnya isu ini tak menganggu kerjaya sebab saya hanya jalankan kerja sahaja.

” Apa yang berlaku boleh dijadikan pengajaran, mungkin selepas ini saya akan lebih berhati-hati sebelum bersetuju menerima sesuatu tawaran kerja,” ujarnya.

Pada 13 November lalu, media melaporkan penahanan seorang usahawan ksmetik selepas disyaaki terbabit dengan sindiket pnyeIvdupan ddah jenis meth4mphetam1ne.

Usahawan kosmetik itu ditahan bersama adik lelakinya, seorang tentera lain-lain pangkat berusia 25 tahun.

Ketika serbuan suspk dua beradik itu menaiki Ford Mustang dan polis berjaya merampas 120 bungkusan teh cina mengandungi bahan disyaaki ddah meth4mphetam1ne dengan anggaran berat 126.85 kilogram dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM5 juta.

Polis turut merampas kenderaan mewah itu, dianggarkan bernilai RM500,000 yang didaftarkan di atas nama isteri kepada suspk kedua.

Sejurus tersebar berita penahanan itu, pengarah syarikat tampil menafikan mereka mempunyai kaitan dengan lelaki berkenaan.

Pihaknya mengesahkan bahawa lelaki ditahan itu bukanlah ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat terbabit seperti yang ditularkan di media sosial

Terdahulu, nama usahawan kosmetik popular, Safiey Ilias dan Datuk Alha Alfa turut dikaitkan netizen sebagai suspek yang dit4han.

Dua usahawan tersebut bagaimanapun telah menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia sebagai tud-uhan tidak berasas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Limauais

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Foto Dah Pun Terseb4r, Ini Penjelasan Khai Bahar Kaitan Dia Dgn ‘Datuk Seri’ Yg Kena Tahan Itu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*