Hanya Kerana Masak T4k Sedap, Menantu S@rat Mengandvng Dipvkul Bapa Mertua

Selepas berkahwin sebaiknya tinggallah di rumah sendiri atau rumah sewa. Sekurangnya buruk dan baik antara kita dan pasangan hanya kita yang menelannya, bukan dilihat oleh keluarga mentua.

Kalau suami isteri belajar memahami, bertoleransi kita akan dapat mengenal pasangan dengan lebih rapat. Tapi kalau lepas kahwin dan pilih tinggal dengan mak ayah atau keluarga mentua, sampai bila pun kita tak akan dapat berdikari dan membuat keputusan sendiri.

Dalam satu kes di Vietnam, seorang menantu yang usianya masih agak muda menjadi mngsa pkulan ayah mentua kerana masakannya tidak sedap.

Akibatnya, dia dipkul oleh ayah mentua hingga pcah tengk0rak kepala. Apa yang menyedihkan, dia sedang mengandung anak ketiga.

Bukan saja dirinya jadi mngsa tapi dua orang anak yang masih kecil juga menjadi mngsa amarah atuk yang mana seorang darinya alami keretakan tulang aklbat diblasah.

Selepas melakukan kek3jaman itu kepada menantunya, mentuanya melarlkan diri dari rumah. Bagaimana pun polis sudah menngkapnya kerana perlakuan jnayahnya itu.

Inilah satu keburukan tinggal dengan mentua sedangkan bukan tanggungjawab menantu pun untuk sediakan makan minum pak mentuanya.

Kenapa Islam tak galakkan tinggal sebumbung?

Dalam satu perkongsian dibuat di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Kuala Lumpur, pertanyaan seorang isteri tentang tinggal di rumah mentua kerana suaminya anak lelaki tunggal memberikan jawapan kenapa pasangan suami isteri tidak digalakkan tinggal bersama keluarga mentua sebaliknya harus mencari rumah lain.

Jelas Mufti, sepatutnya, apabila pasangan sudah berkahwin dan mempunyai kemampuan untuk hidup bersama selain daripada ibu bapa dan keluarga, maka inilah yang terbaiknya.

Ini kerana dengan hanya berpasangan, hak privasi dan membina kehidupan dengan lebih selesa akan terwujud. Tambahan pula, tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Antara makna kemampuan itu adalah mampu menyediakan tempat tinggal khusus bagi isteri seperti mana yang difirmankan oleh Allah SWT:
أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنتُم مِّن وُجْدِكُمْ وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ

Maksudnya: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyaklti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyvsahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). (Surah al-Talaq: 6)

Pepatah Melayu menyebut: “Biar banyak rumah daripada banyak orang dalam rumah,” dengan maksud dengan ramainya anggota dalam sebuah rumah, maka ragam dan juga perangal akan berbeza yang boleh membawa kepada pertellngkahan jika tidak ditangani dengan sebaiknya.


Oleh kerana ibu sudah ada anaknya yang menjaganya, maka tidak lagi menjadi masalah untuk anak yang lain keluar daripada rumah tersebut. Yang penting, sentiasa memberi perhatilan dan kecaknaan sama ada dari segi nafkah atau kasih sayang melalui ziarah serta hadiah dan juga nafkah.

Bahkan dengan cara ini, perasaan kasih sayang dan penghormatan akan jadi lebih tinggi berbanding tinggal sebumbung di rumah.

Suami sewajarnya memahami hak isteri untuk ditempatkan, yang munasabah dengan status keisterian agar peranan masing-masing dapat dijelmakan dengan lebih baik dan jelas. Ini akan menatljahkan bahtera rumahtangga lebih bahagia.


Jadi mana-mana yang memilih untuk tinggal dengan ibu bapa atau mentua selepas kahwin terutama yang menlkah pada usia muda, fahamilah erti perkahwlnan yang sebenarnya.

Kahwin bukan untuk keser0nokan atau hubungan intlm semata tapi ia lebih kepada memikul amanah dan menjadi imam dan khalifah kepada keluarga yang baru dibina ini

APAKAH TIPS MENGAMBIL HATI MERTUA DAN IPAR DUAI?

1. ANGGUK-ANGGUK
Walaupun ada beberapa perkara yang kita tidak setuju, angguk-angguk sahajalah. Biarkan mereka selesa dengan pilihan mereka sendiri. Lebih baik mengiyakan sahaja apa sahaja tindakan yang mereka buat.

Walaupun kadang-kadang panas juga hati dengan tindakan mereka, bersabar sahajalah. Itu lebih baik.

2. JANGAN MASUK CAMPUR
Jangan masuk campur urusan meraka, melainkan ia bertentangan dengan Islam.

Senyum sentiasa dan ramah santun bila berbicara. Jangan pula pilih kasih untuk berbaik-baik.

3. JANGAN SAMPAI SUAMI REPORT BALIK PADA MAK DIA
Kadang-kadang apa yang terzahir dari mulut isteri adalah dalam keadaan tanpa sedar. Suami yang mendengar, cuma angguk-angguk sahaja. Entah faham entah tidak.

Sebab itu suami kadang-kadang, berasakan maklumbalas dari isteri tentang keluarganya itu tidak ada apa-apa. Tetapi bila sampai ke telinga mertua dan ipar, boleh jadi perang besar!

4. JANGAN BERKIRA DENGAN DUIT DAN TENAGA
Pertama sekali, janganlah terlalu kedekut. Belanjalah sedikit barang-barang keperluan untuk keluarga mertua.

Yang kedua ini bukannya berkira tentang duit, tetapi berkira tentang buat kerja rumah. Elakkan kerja kita diambil alih org lain seperti pakaian kita suami dan anak-anak.Cuci pinggan mangkuk sendiri dan jangan sesekali biarkan di sinki.

5. TUNJUK RAJIN MASAK
Tunjuklah rajin memasak di dapur. Sedap tak sedap, itu belakang kira. Asalkan rajin membantu ipar dan mertua.

Dalam mental si ibu mertua, kalau si isteri tak pandai masak, dia mula risaukan anak dia. Siapa yang akan bagi makan?

6. BANYAKKAN BERBUAL
Perbanyakkan bualan mesra yg boleh menarik minat mertua dan ipar duai. Kalau mereka suka tengok drama di TV, layankan sahaja.

Walaupun tidak sama level, ketepikan dahulu. Janji berkomunikasi.

7. JANGAN TUNJUK MALAS
Jangan menonton televisyen apabila mertua atau ipar duai sibuk mengemas rumah.Tak rugi membantu mereka mengemas bersama!

8. BERIKAN HADIAH
Sebab itu, kita selalu nampak orang-orang dulu akan bungkus bawa buah-buahan bila berkunjung ke rumah tetamu. Sama juga adabnya bila menantu melawat mertua.

Jangan lupa belikan mereka ole-ole. Mahal atau murah itu belakang kira. Buah tangan atau hadiah itu adalah tanda ingatan. Bila kita tidak beri apa-apa, maknanya macam kita tidak ingat dia. Scary bukan?

Dan lagi, jika berkunjung ke tempat pelancongan, jangan lupa souvenir. Jangan sampai lupa kerana ia boleh mendatangkan kecil hati.

9. HORMATI PRIVASI
Jangan ambil apa-apa barang di dalam rumah mertua tanpa minta izin terlebih dahulu. Juga jangan suka-suka masuk bilik orang lain tanpa kebenaran.

Jangan juga alihkan perabot atau susun atur dalam rumah mengikut citarasa kita.

10. JANGAN AMBIL KESEMPATAN
Untunglah kalau dikurniakan mertua yang baik. Namun, jangan cuba-cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan mertua dan ipar duai. Sekali buat hal, mereka tidak akan percaya sampai bila-bila.

11. CUBA BERGAUL DENGAN IPAR-DUAI
Jangan asyik dengan mak mentua sahaja. Kena berbaik-baik dengan ipar yang lain. Ini penting supaya tidak berlaku cemburu dalam keluarga, lebih-lebih lagi antara ipar-duai perempuan.

12. JANGAN BERKEPIT DENGAN SUAMI
Masa mula-mula kahwin, bolehlah tunjuk manja semasa tengok TV beramai-ramai di ruang tamu. Bukan apa, takut ipar-duai yang lain meluat melihat kemesraan begitu.

13. BIARKAN IBU ‘CONQUER‘ ANAK
Sekali-sekala, biarlah ibu dia ‘conquer‘ anak. Takkan asyik isteri sahaja nak ‘conquer‘. Contohnya, kalau mak mertua nak sendukkan nasi untuk anak lelakinya itu, biarkan. Kita boleh uruskan diri kita sendiri.

14. TAK PAYAH TUNJUK MANJA
Tak perlu aksi gedik dan tunjuk manja bila duduk dengan suami. Jangan pula nak tunjuk aksi urut-urut sambil geletek, atau sandar kepala pada bahu suami semasa menonton TV. Lebih-lebih lagi kalau tunjuk aksi ini depan ipar-duai. Gerenti ipar meluat! Mak mertua juga boleh datang sifat cemburu!

Buat biasa-biasa sudah.

15. OFFER MAK MERTUA DUDUK DEPAN
Dahulukan mak mertua dalam apa jua keadaan. Biarkan kita yang kedua. Contohnya, kalau nak kereta dengan suami, offer mak mertua duduk depan. Biarkan mak mertua ada masa sembang dengan anak dia. Kita duduk belakang dengan anak-anak pun tak mengapa.

16. BUAT-BUAT TANYA MAKANAN KEGEMARAN SUAMI
Sesekali jadi kepoh apa salahnya. Buat-buat tanya dan salin resepi. Sudah tentu ibu mertua rasa dihargai, kerana dialah yang menyediakan dan menyuap makanan favourite suami dari kecil.

17. JANGAN MARAH SUAMI DEPAN MAK MERTUA
Bukan sahaja marah. Adik beradik marah ialah kutuk atau kecilkan suami depan mak mertua. Kenapa?

Anak jantan itulah yang dia bela dari kecil. Kalau dia layan elok-elok, dia expect menantu akan layan anak dia elok-elok juga. Bukan buruk-burukan suami

18. UCAPKAN “SYUKUR DAPAT SUAMI MACAM NI” PADA MAK MERTUA
Banyakkan puji suami depan mak mertua. Antaranya, “Terima kasih mak sebab besarkan abang dengan baik sekali. Saya bersyukur sangat-sangat dapat suami macam ni. Ini semua kerana didikan mak”.

Namun cakap biar dalam nada ikhlas, jangan buat-buat nak memuji. Confirm, mak mertua akan kembang.

19. JANGAN BEREBUT SUAMI DENGAN MAK DIA
Kalau mak dia panggil, dahulukan yang itu. Walaupun kita ada perkara lain yang memerlukan suami, biarkan suami attend mak dia dulu. Didik hati supaya redha, bahawa syurga suami itu di bawah tapak kaki ibu.

20. INGAT BAHAWA ALLAH MAHA ADIL
Jangan sesekali layan mak mertua macam sampah. Apa salahnya layan mak mertua macam mak kita sendiri?

Layan mak mertua baik-baik sebagaimana kita nak menantu kita suatu hari nanti layan anak lelaki kita dengan baik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Remaja

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Hanya Kerana Masak T4k Sedap, Menantu S@rat Mengandvng Dipvkul Bapa Mertua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*