Pak Lah Cecupak Menlnggal Dvnia

Pelawak senior, Pak Lah Cecupak menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi.

Pak Lah atau nama sebenarnya, Noor Affendi Nurdin meninggal dunia akibat kanser usus pada usia 53 tahun.

Berita sedih itu dikongsikan pelakon dan pengarah Adam Hamid menerusi satu entri di Instagram.

“Dukacita dikhabarkan pada hari ini 5 Rabiul Akhir 1442H (21.11.2020), telah kembalinya ke Rahmatullah seniman Noor Affendi Nurdin, Pak Lah Cecupak kerana kanser usus,” katanya.

Perkhabaran duka itu turut dikongsikan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) menerusi satu hantaran di Facebook yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga arwah.

Sebelum ini, Pak Lah dilaporkan dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu ekoran masalah kesihatannya yang merosot

Pak Lah meninggalkan seorang balu yang dikenali sebagai Miza Ali dan tiga orang cahaya mata.

Selain menjadi pelawak, Pak Lah juga pernah mencipta dan menulis lagu tradisional serta lagu rakyat.

Antara lagu popularnya ialah Joget Toleh Menoleh nyanyian kumpulan Senario.

Kumpulan Cecupak merupakan pelawak lagenda yang dianggotai oleh Pak Lah, Pak Jaih, Ucop, Ropie dan Pian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Pak Lah Cecupak Menlnggal Dvnia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*