Usop Tak Mahu Bebankan Bapa

Tidak mahu terus membebankan bapanya yang semakin meningkat usia, penyanyi Usop akhirnya mengambil lesen B full untuk memudahkannya bergerak sendiri jika mempunyai komitmen di Kuala Lumpur.

Usop mengakui kehidupannya setiap kali berada di Kuala Lumpur seperti ‘merempat’ kerana perlu tidur di rumah pengurusnya disebabkan tidak boleh memandu kenderaan.

“Sekarang saya dalam proses mengambil lesen memandu kereta dan lesen motosikal di Kedah. Dah lama ada niat dan ambil lesen sebab kasihan dekat ayah yang dah tua.

“Saya pula sejenis yang suka balik pada hari yang sama apabila pergi penggambaran atau ke mana-mana sebab tu kalau ada lesen lebih mudah untuk bergerak sendiri. Bukan apa saya ni boleh dikatakan merempat setiap kali pergi show dekat Kuala Lumput, mesti saya tidur rumah pengurus saya,” katanya.

Dalam pada itu, naib juara program realiti Big Stage 2020 itu turut menyimpan hasrat untuk memiliki motosikal berkuasa besar namun bukan dalam masa terdekat.

Meskipun memperoleh wang kemenangan RM50,000 daripada program Big Stage namun dia mahu menyimpan duit tersebut untuk majlis perkahwinannya nanti.

“Mana tahu ada rezeli lebih untuk beli superbike BMW atau Ducati Panigale. Tapi rezeki saya menang baru-baru ini, saya nak niat simpan untuk jadikan duit kahwin. Insyallah kalau ada rezeki lain akan datang, baru saya fikir tentang motosikal,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Usop Tak Mahu Bebankan Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*