16 Sekeluarga Positif Covid-19, Ditvduh Sengaja Pergi ‘Red Zone’

Tiada yang lebih memilukan selain tidak dapat menatap wajah insan tersayang sebelum mereka pulang ke negara abadi. Itulah yang dilalui Hasmira Hamzah, 30, dan keluarganya yang kehilangan ibu tersayang, Rogayah Md Desa, 62, pada 8 November lepas disebabkan Covid-19.

Menurut mStar, lebih menyedihkan, bukan hanya Hasmira dan arwah ibunya namun 14 lagi ahli keluarganya turut dijangkiti Covid-19. Sedikit demi sedikit ahli keluarganya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah selepas disahkan positif dan abangnya juga dimasukkan ke ICU.

Sumber: mStar

Baca perkongsian Hasmira:

“Satu famili saya ke Klinik Kesihatan Kulim untuk swab test pada 2 November sebab kontak rapat dengan mak yang disahkan positif pada 31 Oktober lalu.”

“Simptom saya paling teruk. Saya bukan saja batuk tapi demam on off, muntah, sakit dada macam kena tumbuk dan sukar bernafas. Saya tak tunggu result dan terus serah diri ke Hospital Kulim.”

“Dalam beberapa jam pula saya dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Waktu tu suhu badan agak tinggi dan oksigen pun tak cantik, jadi saya pun dimasukkan ke ICU.”

“Saya kena pakai gas sebab oksigen drop teruk. Malam tu juga doktor beri penerangan nak intubate saya. Dia minta nombor telefon suami untuk inform semua details. Saya dah menangis merayu-rayu dekat doktor taknak kena intubate macam mak. Saya masih boleh lawan dan nak cuba lawan. Alhamdulillah saya tak kena dan hanya guna ventilator.”

“Saya pilih untuk kuat. Kalau tak lawan kena masuk tube. Lagipun suami dan keluarga tak putus-putus beri semangat pada saya untuk lawan sakit tu.”

Sumber: mStar

“Kakak ipar saya orang pertama buat swab test memandangkan dia kerja hospital. Result positif sebab kontak rapat dan ambulan datang ambil. Abang saya nombor tiga pergi swab test sebab simptom dia semakin teruk. Dia pun disahkan positif malam tu juga dan dimasukkan ke ICU sebab situasi sama macam saya, oksigen drop.”

“Sesungguhnya Covid-19 ni sangat jahat. Penyakit ni serang kami satu famili, sikit demi sikit famili kena hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah termasuklah anak kakak saya berusia 4 bulan.”

“Mak meninggalkan kami untuk selama-lamanya pada pukul 9.13 pagi selepas bertarung nyawa melawan sakit tu selama 8 hari. Mak dah tak mampu, mak dah penat.”

“Paling sedih tak ada seorang pun boleh tengok mak. Semua kat hospital sebab Covid-19. Tinggal suami dengan anak-anak buah 3 orang je negatif tapi mereka pun tak boleh keluar sebab tengah kuarantin.”

“Sedih sangat sebab guna wakil untuk buat pengecaman jenazah mak. Kubur mak pun tak boleh tengok. Masa tu hanya Allah saja yang tahu perasaan saya. Rindu kat mak yang tak terucap.”

Sumber: mStar
Sumber: mStar

“Bukan mudah sebab macam-macam orang cakap kat kami. Ada pula yang tokok tambah cerita. Paling sedih ada yang kata kami sengaja pergi red zone cari penyakit.”

“Arwah mak dikata pencetus Kluster Permatang. Sebenarnya kami pun tak tahu mak dapat jangkitan tu dari mana. Sesungguhnya soalan ni saya tak mampu nak jawab sebab virus tu kita tak nampak.”

“Hari ni genap 20 hari saya kat wad. Alhamdulillah saya dah beransur pulih. Doktor beritahu kalau 21 hari saya dah boleh balik. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.”

“Ujian ini juga mengajar saya bahawa keluarga adalah segala-galanya. Bila berlaku perkara ini kami saling menyayangi, saling beri semangat antara satu sama lain. Mungkin kasih sayang mak buat kami adik-beradik rapat macam ni.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "16 Sekeluarga Positif Covid-19, Ditvduh Sengaja Pergi ‘Red Zone’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*