Aktres Filem ‘Jai Ho’ Sana Khan Bernikah Dengan Ulama, Mufti Anas

Aktres Bollywood yang pernah muncul dalam filem Jai Ho, Sana Khan mengejvtkan semua orang dengan berita pernikahannya dengan seorang ulama, Mufti Anas yang berasal dari Surat, Gujarat.

Tidak lama selepas itu, gambar dan video perkahwinan mereka menjadi viral di media sosial. Sana Khan berkongsi gambar pertama dengan suaminya di media sosial akhirnya menjadi bualan hangat di kalangan netizen. Dia kelihatan berpakaian pengantin berwarna merah dan gambar itu menjadi viral.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sayied Sana Khan (@sanakhaan21)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Viral Bhayani (@viralbhayani)

Sementara itu, nama Sana telah berubah selepas rasmi berkahwin dengan Mufti Anas. Sekiranya peminat mengunjungi akaun Instagramnya sekarang, mereka akan melihat nama ‘Saiyed Sana Khan’ muncul di biografinya. Ada sumber mengatakan pasangan itu dikatakan telah bernikah pada 20 November 2020.

Ini bukan kali pertama Sana Khan menjadi berita utama di media. Pada bulan lalu, dia telah mengumumkan untuk keluar dari industri hiburan.

Dia berkongsi sebuah penulisan panjang di Instagram dan mengungkapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan dan mahu menjalani kehidupan yang baru. Dan sekarang, dia sudah siap untuk memulakan kehidupan baru bergelar isteri dan berbahagia dengan suaminya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Murai.my

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Aktres Filem ‘Jai Ho’ Sana Khan Bernikah Dengan Ulama, Mufti Anas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*