Alif Satar Ditvduh Pencetus Kluster Baru!Ibu,Bapa Dan Adik Alif Pula Positif Covid 19

Pengurus kepada pelakon dan penyanyi Alif Satar, Adlina Abu Bakar mengesahkan dirinya negatif Covid-19 selepas membuat ujian saringan tersebut pada Sabtu lalu.

Namun dukacita dimaklumkan, ibu bapa serta adik bongsu Alif baru sahaja disahkan positif Covid-19 hari ini.

“Alhamdulilah, saya bersyukur sangat apabila disahkan negatif Covid-19 oleh pihak hospital.

“Pun begitu, saya masih perlu menjalani kuarantin selama 14 hari dan akan membuat saringan kedua pada hari ke 12.

“Namun, saya bersimpati apabila mendapat tahu ibu bapa serta adik bongsu Alif yang telah disahkan positif sebentar tadi. Mereka kini dirawat di Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Adlina dihubungi Astro Gempak selepas beliau berkongsi mengenai keputusan Covid-19 di media sosial.

Alif bertemu dengan saudaranya

Dimaklumkan, ibu bapa Alif, Hafiza dan Satar Ramli serta adiknya, Jim membuat saringan ujian tersebut pada Sabtu.

Alif kini dirawat dan menjalani kuarantin di sebuah hospital di Melaka selepas disahkan negatif Covid-19 pada Ahad.

Menurut pengurusnya lagi, isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, 1, juga bakal menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini.

“Alif kini menjalani rawatan seperti biasa di hospital dan tidak menunjukkan apa-apa symptom atau sakit.

“Cuma Alif meminta semua mendoakan agar isteri dan anak-anaknya dilindungi dari jangkitan virus tersebut dan mereka berada dalam keaadan sihat,” katanya.

Alif yang menjalani penggambaran drama Penjara Cinta sejak minggu lalu baru membuat persembahan di sebuah acara pada Jumaat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Alif Satar Ditvduh Pencetus Kluster Baru!Ibu,Bapa Dan Adik Alif Pula Positif Covid 19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*