Netizen D4kwa Aishah Angkvh, Ini Respon Padu Aishah

Penyanyi Aishah meluahkan rasa berang apabila terdapat pihak yang mendakwa dirinya sebagai seorang individu yang mempunyai masalah sifat keperibadian angkuh.

Perkara itu dikongsikan Aishah menerusi satu hantaran di Instagram dengan memuat naik paparan mesej peribadi (DM) yang diterimanya daripada netizen.

“Satu masalah Aishah ni ialah terlampau arrogant (angkuh)..sebab tu Tuhan dah tarik balik apa yang anda ada. Semoga jadi pengajaran.. ps: Memang anda nyanyi tak sedap hari itu. Terima sahajalah hakikat,” tulis individu berkenaan.

Mesej tersebut diterimanya selepas menggantikan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika membawakan lagu Aku Bidadari Syurgamu dalam sebuah program nyanyian baru-baru ini.

Begitupun, Aishah kemudian menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas.

“Wow, hebatnya awak jatuh hukum pada saya. Awak betul-betul kenal saya ke?

“Memang rancang untuk ‘attack’ (serang) ye atau kena bayar?? Jangan selindung-selindung dik, mari jumpa saya. Itupun kalau awak beranilah. Apa barang setakat DM saja nak kutuk saya,” katanya.

Jelas Aishah, dia bukanlah seorang yang angkuh, sebaliknya hanya seorang individu yang mempunyai pendirian tersendiri.

“Ramai yang salah anggap ‘having principles’ ( ada prinsip)  sebagai ‘arrogance’ (angkuh). Mari jumpa saya depan-depan saya boleh jelaskan kepada anda perbezaannya.

“Jangan jadi pengecut, baling batu sembunyi tangan. Tunjuk gambar muka anda yang sebenar supaya pengikut saya boleh kenal awak,” katanya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikutnya menasihati pelantun lagu Janji Manismu itu untuk tidak mengendahkan kritikan sedemikian.

“Kak Aishah tolong jangan layan.

“Ya Allah kurang ajarnya dia Kak Aishah, tak sepatutnya dia buat macamtu!! Sabar ya Kak Aishah,” komen sebahagian peminatnya.

Sebelum ini, Aishah menerima pelbagai maklum balas mengenai nyanyiannya sewaktu membawakan lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ada yang memuji nyanyiannya, bahkan ada juga yang menyifatkan nyanyiannya kurang menyerlah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Netizen D4kwa Aishah Angkvh, Ini Respon Padu Aishah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*