Rupanya Dia Ada Rekod Sebelum Ini,Lelaki Gelang Biru Dijumpai Selepas Lari Dari H0spital

TANJUNG MALIM – Seorang lelaki dipercayai pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Slim River ditemui di kawasan Bandar Baru berhampiran stesen minyak Petronas Slim River di sini semalam.

Lelaki tempatan berusia 29 tahun itu dijumpai pada pukul 6 petang oleh sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Slim River.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai tindakan lelaki itu melarikan diri dari hospital pada pukul 4.48 petang.

Katanya, lelaki terbabit merupakan pesakit yang memakai gelang positif Covid-19 berwarna biru muda.

“Sepasukan petugas kesihatan yang lengkap berpakaian perlindungan peribadi (PPE) telah datang mengambilnya untuk dibawa semula ke Hospital Slim River.

“Maklumat terkini hasil saringan Covid-19 terhadap lelaki tersebut disahkan negatif dan dia akan dibenarkan keluar hospital hari ini,” katanya.

Menurut beliau, semakan rekod jenayah oleh pihak polis mendapati lelaki itu mempunyai enam rekod lampau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 186 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Kosmo Online

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Rupanya Dia Ada Rekod Sebelum Ini,Lelaki Gelang Biru Dijumpai Selepas Lari Dari H0spital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*