Baim Wong Bina Rumah Ank Yatlm Sambut Ulang Tahun Penikahan Kedua Dengan Isteri

Pasangan selebriti Indonesia, Baim Wong dan Paula Verhouven baru meraikan ulang tahun pernikahan mereka pada 22 November 2020 lalu.

Bersempena dengan ulang tahun kedua perkahwinan mereka, pasangan tersebut mengumumkan sedang membangunkan sebuah rumah anak yatim di Jawa Barat.

Baim mengungkapkan jika dia dan isteri sudah lama memasang impian untuk membangunkan rumah anak yatim dan pada ulang tahun pernikahan kedua, mereka teruja mengumumkan perancangan yang sudah 75 peratus siap itu.

“Alhamdulillah, hari ini dapat khabar menyenangkan. Insyaallah tanah wakaf yang luasnya 3-6 hektar, yang sudah lama saya cari untuk pesantren (rumah anak yatim) dan juga penghafal Quran, sudah 75% jadi,” tulis Baim di Instagramnya.

Aktor itu juga memberitahu rumah anak yatim tersebut sengaja dibangunkan jauh di daerah Purwakarta, Jawa Barat kerana itulah tempat kelahiran arwah ibunda tercintanya.
“Sengaja saya cari di Purwakarta supaya selalu boleh mengenang arwah ibu. Mungkin cara ini yang saya boleh bahagiakan mama saya. Minta doa untuk kelancarannya,” tulis Baim lagi.

Tidak hanya itu, Baim juga mengajak jika ada yang berminat untuk sama sama membangunkan tanah wakaf tersebut kepada yang berminat.

Dalam sepotong video yang dikemas kini di akaun Instagramnya,


@baimwong, dia juga berharap agar apa yang sedang diusahakan memberi manfaat kepada semua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by baim wong (@baimwong)


“Kalau ingin ikut membantu, mari kita bangunkan rumah untuk penghafal Quran. Tidak penting berapa besar jumlahnya, yang penting niat untuk membantu sesama kita. Semoga memberi manfaat dan menambah pahala kita,” tulis Baim.

Baim dan Paula sudah dikurniakan seorang bayi lelaki yang diberi nama Kiano Tiger Wong dan kini isterinya sedang hamil anak kedua.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Baim Wong Bina Rumah Ank Yatlm Sambut Ulang Tahun Penikahan Kedua Dengan Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*