“Dia Ingat Saya Lupa “Tarikh Anniversary” T4k Tidvr Dengan Dia Dan Ank”Hafiz Mahamad

Personaliti media sosial dan ahli perniagaan Hafiz Mahamad mencuri perhatian wargamaya apabila menyambut ulang tahun perkahwinan ketiga bersama isterinya, Syafiqah Aina dengan menaiki belon udara panas.

Menerusi laman sosial Instagram, Hafiz berkongsi sebuah video memaparkan kejutan yang diberikan buat isteri tercinta bersama ucapan romantis untuk tatapan umum.

“Ainaa, dulu awal kita kenal awal pernah cakap, “sayang tak tahu jodoh kita sampai mana, kita follow the flow. Ada jodoh, insyAllah kita bersama”. Waktu tu abang hanya cakap satu perkara, “kita memang tak tahu siapa jodoh kita, tapi abang akan usaha yang abang adalah jodoh sayang”.

“Sekarang Aina, impian abang adalahnak angkat awak tinggi sebagai wanita. Isteri abang tak boleh kecewa, selagi abang masih bernafas dan ada kudrat, abang akan protect dan jaga awak.
“Hari ni abang tak beli hadiah. Abang tahu awak mampu beli jika ia melibatkan wang ringgit. Tapi hari ni abang nak bagi awak satu kenangan yang tak boleh dibeli dengan nilai apa pun,” tulis Hafiz di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)


Menerusi perkongsian berdurasi satu minit setengah itu, Hafiz dan Aina bangun seawal pagi untuk menikmati sarapan sebelum didukung untuk masuk ke dalam bakul belon udara panas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terharu dan memuji kejutan yang diberikan oleh Hafiz kepada isterinya bagi meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.

Malah, ramai juga yang mendambakan kehadiran seorang suami seperti Hafiz yang sentiasa tahu untuk menghargai isterinya.

“Kat mana ada jual laki macam Hafiz ni eh?” tanya seorang wargamaya.

“Happynya tengok korang. Happy anniversary Hafiz dan Aina. Semoga kekal sampai syurga,” tulis seorang wargamaya.

“Untungnya seorang wanita dapat lelaki yang menghargainya dari zaman kenal sampailah kahwin, tak berubah,” kata seorang wargamaya.

“Paling sweet ya Allah. Doakan aku dapat suami macam ni jugak,” pinta seorang wargamaya.

“Satu dalam seribu lelaki macam dia ni. Sentiasa bahagiakan isteri. Sebab tu rezeki dia murah. Alhamdulillah, rezeki Aina juga,” puji seorang wargamaya.

“Terbakar saya sebagai seorang yang single,” usik seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih satu juta tontonan oleh warga Instagram.

Sekadar info, Hafiz dan Aina telah mendirikan rumah tangga pada 24 November 2017.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan, Raisya Arisa pada 25 Jun 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dia Ingat Saya Lupa “Tarikh Anniversary” T4k Tidvr Dengan Dia Dan Ank”Hafiz Mahamad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*