Tangisan Sayu Di Tebing Sungai Chepor

IPOH – Orang ramai yang berada di lokasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak yang dikhuatiri lem4s di Sungai Chepor di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Chepor semalam hiba melihat tangisan seorang wanita yang juga ibu mng­sa.

Maizatul Nadia Zulkifli, 30, dan suami, Amar Fizry Razali, 30-an, yang berada di lokasi kejadian dilihat menangis sambil memanggil nama Muhammad Deniss Rama­dhan, 10, yang juga anak kedua daripada tiga beradik.

Wanita itu berulang-ulang kali menyebut ‘ada kat situ, ada kat situ’ sambil menunjukkan lokasi kali terakhir mngsa dilihat terkapai-kapai.

Gambar kenangan mngsa.
Sementara itu, rakan mangsa, Mohammad Syawal Roszali, 13, berkata, sebelum kejadian, seorang rakan mereka telah terjun ke su­ngai untuk mengambil selipar yang terjatuh dibawa arus sebelum Deniss turut terjun bagi menyelamatkan rakannya itu.

“Deniss tidak tahu berenang, dia nampak p4nik dan menjerit meminta tolong. Saya cuba bantu tetapi sungai ini dalam dan arus terlalu deras,” ujarnya

Menurutnya, rakan Deniss yang dibawa arus terselamat ke­rana sempat berpaut pada pokok-pokok di tebing sungai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Kosmo

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tangisan Sayu Di Tebing Sungai Chepor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*