Tayang Otot Six Pack, Peminat Cinta Luara Jadi Tak Tentu Arah!

Sebut saja tentang pelakon Indonesia Cinta Laura Kiehl, 27, pasti ramai sudah terbayang mengenai kecantikan dan kejelitaan dimilikinya.

Namun, kali ini Cinta Laura sekali lagi mencuri tumpuan peminat apabila memuat naik sebuah gambar menayangkan bahagian perutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cinta Laura Kiehl (@claurakiehl)


Apa yang mengagumkan, perutnya kini sudah menampakkan otot ‘six pack’.

Menerusi laporan KapanLagi, Cinta Laura berkongsi kisah memberitahu dia berjaya mendapatkan bentuk badan idaman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cinta Laura Kiehl (@claurakiehl)


Kata pelakon drama Upik Abu dan Laura ini, kejayaan mendapatkan ‘six pack’ itu selepas dia menghabiskan banyak masa dengan bersenam serta mengawal pemakanan bagi memastikan impiannya untuk memiliki tubuh sihat tercapai.

“Hanya melihat mereka makan aiskrim selepas bersenam seribu kalori,” tulisnya pada ruangan kapsyen di laman Instagram.

Dalam pada itu juga Cinta Laura sempat berkongsi petua memiliki bentuk badan idaman.

Menurutnya, pengambilan makanan sihat merupakan faktor utama.​

“Makanan sihat itu penting. Tapi sekali sekala makan juga aiskrim” katanya.

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata pengikut dan peminat teruja melihat bentuk tubuh badan Cinta Laura yang kelihatan langsing dan menarik.

Kebanyakan mereka menjadikan Cinta Laura sebagai inspirasi untuk kekal sihat dan cantik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cinta Laura Kiehl (@claurakiehl)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tayang Otot Six Pack, Peminat Cinta Luara Jadi Tak Tentu Arah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*