Gara-Gara Berkumpul Sambut Hari Jadi, 15 Beran4k Dilap0r Positif COVID-19

Sekurang-kurangnya 15 orang ahli keluarga dilapor dijangkiti COVID-19 selepas berkumpul untuk sambutan hari jadi di Texas, Amerika Syarikat, 1 November lepas.

Menurut laporan ABC 13, beberapa hari selepas parti berkenaan, salah seorang tetamu yang merupakan seorang nenek berusia 57 tahun dan dua orang ahli keluarga dilaporkan mula menunjukkan gejala-gejala jangkitan.

Ketiga-tiga mereka kemudian disahkan positif COVID-19. Ujian yang dilakukan kepada 12 orang lagi ahli keluarga yang turut hadir dalam parti berkenaan juga menunjukkan hasil positif.

Selain itu, 3 lagi kontak rapat kepada salah seorang ahli keluarga berkenaan juga dilaporkan positif.

Berikutan pendedahan berkenaan, pihak berkuasa tempatan menyeru orang ramai supaya mengelak daripada berkumpul dengan individu-individu luar daripada ahli keluarga terdekat dan tidak melakukan ziarah menjelang sambutan Thanksgiving pada 26 November ini.

Salah seorang ahli keluarga berkenaan yang tidak hadir dalam parti tersebut turut terlibat dalam kempen untuk mengingatkan orang ramai mengenai bahaya COVID-19.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:CARI

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Gara-Gara Berkumpul Sambut Hari Jadi, 15 Beran4k Dilap0r Positif COVID-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*