‘Atan’ Sudah Jadi Pendiam, Jamali Shadat Makin Uzvr

Datuk Jamali Shadat atau nama penuhnya Jamali bin Shadat, merupakan pelawak yang terkenal kerana kebolehannya meniru pelbagai dialek seperti Mandarin, Jawa dan Tamil dalam persembahan.

Pelakon dan pelawak veteran Datuk Jamali Shadat kini semakin uzur dan banyak mendiamkan diri selepas pemergian isterinya Allahyrham Lela Yacob pada dua tahun lalu,

Menurut anaknya Fauzi Jamali, bapanya yang kini berusia 78 tahun tidak mengalami masalah kesihatan namun uzur disebabkan faktor usia.

“Kesihatan semua okay, cuma seperti apa yang kita boleh lihat… ayah uzur sebab dah tua kan.

“Sekarang ayah kurang berborak, arwh emak dulu banyak bercakap tapi apabila emak dah tak ada… ayah suka mendiamkan diri, ” ujarnya kepada mStar.

Fauzi ditemui ketika program Ziarah Finas Prihatin 2.0 di kediaman Jamali di Pulau Indah, Klang pada Rabu.

Dalam pada itu, Fauzi memberitahu telefon milik bapanya sudah dipadamkan berikutan Jamali tidak mampu bertutur dan mendengar dengan baik.

“Nombor telefon ayah dah tutup sebab dia tak boleh bercakap, kalau nak berhubung boleh hubungi saya atau isteri, ” katanya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment on "‘Atan’ Sudah Jadi Pendiam, Jamali Shadat Makin Uzvr"

  1. Smuga d permudahkan segala urusan kesihatan Dato Jamali oleh Allah Taala…🤲🤲Aamiinn3x…

Leave a comment

Your email address will not be published.


*