Bob Lokman Mohon Bantuan RM60K

Pelakon, pelawak, pengacara dan penulis lirik popular, Bob Lokman memerlukan sekitar RM60,000 bagi menampung kos rawatan pembedahan akibat masalah jantung yang akan dijalankan tidak lama lagi.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, beliau memohon sumbangan orang ramai bagi memasang sejenis alat untuk mengawal degupan jantung.

Justeru, bekas artis serba boleh berusia 56 tahun itu sangat mengharapkan sumbangan ikhlas daripada individu yang prihatin sekali gus dapat menyembuhkan kembali kesihatan dirinya.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban beliau boleh berbuat demikian ke akaun Maybank milik isterinya Relawati Daud bernombor 162348359386.

Bob turut mempunyai kerjasama dengan Muslim Care Malaysia atas akaun Maybank bernombor 564490211159 atau boleh menghubungi beliau di talian 019-2825555.

Posting tersebut mendapat 2,400 tanda suka dan 2,200 perkongsian selain komen warganet yang terus mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Bob Lokman

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Bob Lokman Mohon Bantuan RM60K"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*