Jambatan Gantvng Runtvh Di Ranau”Pelajar Gigih Cari Line Internet Sampai Terjatvh”

Ini bukan kali pertama kita dengar kisah mengenai mereka yang tinggal di kawasan pedalaman susah untuk mendapat rangkaian Internet.

Namun apa yang lebih tragis, kegigihan tiga pelajar ini demi mencari jaringan Internet untuk mengikuti kelas online berakhir dengan tragedi apabila mereka terjatuh dari jambatan gantung di Kampung Gusi, Ranau pada Isnin lalu. 

Menurut Harian Metro, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada jam 9 malam membabitkan mangsa dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut. Aduhai kesian… 

Sumber: Harian Metro

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam yang dihubungi mengesahkan kejadian terbabit. Menurutnya, seorang pelajar dilaporkan patah kaki dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu.

“Ketiga-tiga mangsa belajar di SMK Ulu Sugut, Ranau dan cuba mengakses Internet di bahagian tertentu di jambatan gantung berkenaan.

“Saya akan segera pergi ke kampung itu untuk menilai keadaan dan mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk membaiki jambatan berkenaan.

“Kita berharap penduduk kampung dapat bersabar kerana kita berusaha menyelesaikan masalah ini,” jelasnya.

Jambatan itu katanya memiliki ketinggian kira-kira 18 meter dari sungai dan menjadi satu-satunya kawasan yang mempunyai isyarat sambungan Internet.

Sumber: Sabahup2date
Sumber: Sabahup2date

Jadi sudah menjadi kebiasaan penduduk kampung, khususnya pelajar untuk berkumpul di kawasan terbabit bagi mendapatkan akses Internet. 

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Ulu Sugut, Ratimin Kukunut berkata, penduduk kampung memberitahu yang semua mangsa berada di tengah jambatan untuk ikuti kelas online sebelum jambatan gantung itu runtuh.

Sambungan Internet di Kampung Gusi ini memang teruk.

“Bagaimanapun, ia lebih baik pada waktu malam di kawasan jambatan gantung,” katanya.

Aduhai… bila agaknya masalah Internet ni nak selesai ye di kawasan pedalaman. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Jambatan Gantvng Runtvh Di Ranau”Pelajar Gigih Cari Line Internet Sampai Terjatvh”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*