‘M4yat’ Menjerlt Kesakltan Ketika Kakinya Dibel4h Untuk Diawet

Seorang lelaki yang telah diisytiharkan meninggal dunia oleh doktor perubatan tiba-tiba hidup kembali dan meraung kesakitan, ketika kakinya sedang dibelah untuk diawet.

Memetik The Sun, kejadian dilaporkan berlaku di Kenya. Lelaki yang dikenali sebagai Peter Kigen itu dikatakan sedar semula apabila petugas perubatan di bilik mayat sedang memulakan proses pengawetan mayatnya — kira-kira empat jam selepas Kigen disahkan meninggal dunia.

Kigen yang berasal dari sebuah perkampungan di Bureti, dilapor pengsan di kediamannya kerana mengalami sakit perut sebelum dibawa ke hospital oleh keluarganya pada Selasa lalu.

Ketika di hospital pula, abangnya kemudian mendakwa dia telah dimaklumkan oleh seorang jururawat bahawa Kigen disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Dia kemudiannya diminta mengisi sekeping borang untuk diberikan kepada petugas bilik mayat, sebelum Kigen turut dipindahkan ke bilik berkenaan.

Sumber: The Sun

Namun beberapa jam kemudian ketika petugas sedang memulakan proses pengawetan mayat Kigen, lelaki itu tiba-tiba bergerak dan meraung kesakitan. Ketika itu baru mereka menyedari bahawa Kigen sebenarnya masih hidup.

Kigen kemudian dibawa mendapatkan rawatan, dan dibenarkan pulang beberapa hari selepas itu.

Kejadian tersebut menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli keluarga dan pihak hospital, bagaimana seorang lelaki yang masih hidup boleh diiystihar mati tanpa sebarang pengesahan perubatan terlebih dahulu.

Namun bagi Kigen, dia menyifatkan kejadian ‘mati hidup semula’ yang dialaminya itu sebagai satu rahmat dari Tuhan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "‘M4yat’ Menjerlt Kesakltan Ketika Kakinya Dibel4h Untuk Diawet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*