Tul4r Gambar Seorang ‘Nenek’ Berusia 53 Tahun Memiliki Wajah Persis Ank D4ra

Kec0h warganet di Indonesia apabila seorang wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan gara-gara memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun. Ingatkan gambar yang dikongsikannya itu adalah gambar throwback sewaktu zaman muda, rupanya memang gambar terkini!

Wanita yang sudah memegang status nenek yang dikenali sebagai Puspa Dewi itu menjadi tul4r selepas seorang pengguna Twitter dari Indonesia memuat naik gambar ‘nenek’ tersebut. Gambar yang dikongsikan itu menunjukkan perbezaan wajah Puspa bersama suaminya yang dirakam pada 1993 dengan foto terkini mereka pada tahun 2020.

Mungkin akibat terkejvt, komen yang dilemp4rkan juga agak lucu apabila mempersoalkan sama ada Puspa Dewi itu seorang manusia atau ponti4nak. Ia berikutan wajah Puspa kelihatan jauh lebih muda berbanding pada tahun 1993 walhal usianya kini melepasi separuh abad. Malah, sebilangan netizen sukar mempercayai kecantikan wanita itu tidak dimamah usia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puspa Dewi (@puspadewihc)


Puspa yang memiliki seorang cucu adalah selebriti media sosial di Indonesia. Dia mempunyai hampir setengah juta pengikut di laman Instagram dan kerap memuat naik gambarnya melakukan pelbagai aktiviti.

Sedikit sukar untuk mempercayai kesahihan gambar di laman Twitter itu, gambar-gambar yang dikongsikan Puspa di laman Instagram miliknya juga menunjukkan betapa mudanya beliau pada usia setengah abad. Menurut ibu kepada dua orang anak itu, dia gemar melakukan aktiviti senaman sejak berada di zaman persekolahan lagi. Semangat dan kerajinan dia bersenam sejak dari dahulu lagi tidak pernah terpadam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puspa Dewi (@puspadewihc)


Mungkin itu rahsia kekal sihat dan nampak muda walaupun usia sudah lanjut. Jadi bolehlah kita contohi rutin harian Puspa ini untuk kehidupan yang lebih sejahtera dan sihat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Kosmo

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tul4r Gambar Seorang ‘Nenek’ Berusia 53 Tahun Memiliki Wajah Persis Ank D4ra"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*