Cari Tin Untuk Sara Hidvp

KUCHING : Jika dahulu, dia masih mempunyai kudrat untuk mencari rezeki, meskipun dengan hanya menjual tin.

Namun, sedar dirinya yang semakin dimamah usia dan tidak sekuat dahulu, dia kini terpaksa bergantung harap pada ihsan orang ramai.

Itu realiti hidup Ngu Tek Ngik, 63, atau mesra dikenali sebagai Aunty Ngu.

Langit tidak selalu cerah buat dirinya. Sejak sekian lama, Aunty Ngu menunggang basikal di sekitar bandaraya Kuching untuk mengutip tin kerana tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap bagi menyara kehidupannya bersama seorang anak.

Luah Aunty Ngu, kepada AWANI Sarawak, kehidupannya semakin mencabar apabila dirinya diuji dengan peny4kit g4ot. Sejak itu, dia tidak mampu keluar untuk mencari tin-tin kosong.

“Saya sudah lama tidak jalan-jalan di sekitar tebingan Kuching untuk mencari tin. Ada ketikanya, apabila orang melihat saya mengutip tin, mereka hulurkan bantuan.

“Ada juga yang bertanya, lama tidak nampak saya di Waterfront (tebingan Kuching). Ini kerana saya tidak dapat berjalan. Jadi, apabila mereka mendengar kesusahan saya, ada yang menghulurkan bantuan berupa beras. Bukan setiap bulan, tetapi tiga bulan sekali,” ceritanya.

Kata Aunty Ngu lagi, walaupun anaknya kini bekerja di sebuah pusat beli belah di bandaraya Kuching, namun pendapatannya boleh diibaratkan bagai ‘kais pagi makan pagi, kasi petang, makan petang’.

“Gaji anak saya hanya RM1,100. Sehari makan dua kali, bakinya tinggal berapa sahaja. Ini tidak termasuk bil elektrik. Televisyen juga tidak dibuka. Apabila anak ada di rumah, baru saya buka.

“Lampu saya buka hanya satu. Semuanya saya lakukan untuk berjimat.

“Dahulu, bil elektrik saya mencecah sehingga RM50. Apabila termasuk bil air, jadi RM70. Hanya dua orang sahaja menggunakannya. Sampai saya marah anak saya,” kongsinya ketika ditemu bual.

Aunty Ngu dan anaknya tersenarai sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) dan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain itu, Aunty Ngu tidak keseorangan. Kepayahan hidupnya tidak diabaikan. Malah, ramai yang perihatin dengan nasib dua beranak ini.

Terdapat beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menziarahi dia sebelum ini.

Menurut Naib Setiausaha Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, Tan Kok Chiang, warga emas dan anak tunggalnya itu telah disenaraikan sebagai penerima bantuan kebajikan.

Cuma apa yang membataskan dirinya, ujar Kok Chiang, dia tidak mampu berjalan sekali gus mengakib4tkan kebersihan kendiri dan rumahnya tidak terurus.

“Kita akan membersihkan rumah wanita ini pada minggu hadapan dan beli barangan seperti tin yang dikutip oleh wanita ini.

“Selain itu, wakil rakyat juga ada yang menyuarakan hasrat untuk membantu Aunty Ngu dengan bantuan kebajikan yang sepatutnya,” tegas beliau.

Antara lain katanya, pihak Gerakan Kebajikan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Satok turut menawarkan bantuan kepada Aunty Ngu untuk melakukan operasi pembersihan dan sanitasi dalam masa terdekat.

Selain agensi kerajaan dan NGO, kepayahan hidup Aunty Ng turut mendapat perhatian Bekas Miss World Malaysia 2018, Larissa Ping Liew yang mempunyai kisah istimewa bersamanya sejak di bangku sekolah lagi.

“Saya adalah gadis itu, ketika Aunty Ng makan nasi lemak, Saya pernah katakan kepadanya bahawa saya ingin menolong dia, tetapi ketika itu saya masih di zaman sekolah.

“Apabila saya memeriksa dompet saya, saya hanya mempunyai RM10. Itu satu-satunya wang yang saya ada dan saya memberikannya wang itu.

“Saya berjanji akan menghubungi dia semula dan membantunya di masa akan datang,” kongsi ratu cantik ini.

Bercerita lanjut kata Larissa, sejak empat tahun yang lalu, dia tidak pernah ternampak kelibat Aunty Ng di sekitar bandar Kuching. Ini membuatkannya tampil mencari maklumat mengenai keberadaan wanita tabah itu.

“Saya tidak pernah melihatnya di mana-mana. Tetapi, saya mendapat maklumat beberapa hari yang lalu bahawa dia sakit, dia tidak dapat berjalan dan jelas memerlukan bantuan,” kongsi Larissa bersama Astro AWANI.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:http://trendinggiler.pw/

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Cari Tin Untuk Sara Hidvp"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*