Instafamous Bali Menlnggal Dvnia Lepas Terjvn Hotel

Seorang Instafamous dari Bali, Ketut Ayu Wulantari meninggal dunia setelah gagal diselamatkan selepas melompat dari tingkat empat sebuah hotel di pulau peranginan terkenal dunia itu.

Perempuan berusia 23 tahun itu dikatakan nekad mengakhiri hidupnya kerana putus cinta.

Menurut laporan Detik.com, instafamous yang memiliki sebanyak 193 ribu pengikut di Instagram itu melompat dari tingkat empat dan jatuh di hadapan Hotel Rose In Jimbaran, Kuta Selatan, Badung pada Sabtu (28/11/2020).

Akibat dari tindakannya itu, Wulantari mengalami luka parah pada bahagian kepala dan kaki, sebelum meninggal dunia saat dilarikan ke hospital.

Sumber polis mengatakan, sebelum terjun, instafamous tersebut sempat bertanya kepada salah seorang pengunjung di hotel tersebut dengan pertanyaan; ‘Jika saya terjun dari tingkat empat, rasanya mati tak?’ sebelum dijawab: “Jika belum ajal mungkin anda akan selamat.”

Pengunjung tersebut juga sempat mengingatkan Wulantari kemungkinan tidak mati dan jadi cacat.

Dia juga sempat mengingatkan perempuan itu agar tidak melakukan tindakan yang di luar fikiran.


“Tapi dia jawab, ‘tidak, saya tidak akan lompat. Saya hanya ambil angin di sini,” kata pengunjung itu lagi sebelum perempuan itu benar benar terjun dari tingkat empat hotel tersebut.

Sebelumnya, pada 21 November lalu Wulantari mengemas kini Instagramnya dengan kapsyen berbunyi; Mati 1…?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Instafamous Bali Menlnggal Dvnia Lepas Terjvn Hotel"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*