“Sidang Media Desak Sheila Majid Letak Jawatan Isnin Ini” Freddie Fernandez

Satu sidang media akan diadakan pada Isnin ini (esok) bagi menggesa penyanyi Sheila Majid meletak jawatan sebagai Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM).

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez mendak.wa Sheila tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai Pengerusi PRM.

“Persatuan Karyawan Malaysia akan mengadakan satu sidang akhbar, Isnin ini. Artis terkenal seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Ito, Rafi Suhu dan ramai lagi akan bersama saya untuk mendesak Sheila meletakkan jawatan sebagai Pengerusi RPM.

“Karyawan berharap, sidang media yang akan diadakan Isnin ini dapat membuatkan Sheila mengambil langkah yang sepatutnya,” katanya.

Kata Freddie, sehingga hari ini isu pengagihan royalti tidak dapat diselesaikan, sedangkan ramai artis memerlukannya, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang.

“Kebanyakan artis bergantung kepada industri muzik untuk menampung perbelanjaan kehidupan harian dan ramai berada dalam keadaan kewangan yang krit!kal.

“Sheila perlu tahu artis amat memerlukan wang meneruskan kelangsungan hidup. Atas kegagalan menjalankan tugas, beliau harus meletakkan jawatan sebagai Pengerusi RPM supaya orang yang lebih layak diberi peluang mengambil alih tanggungjawab ini.

“Jika tidak, beliau akan dilihat bukan sahaja sebagai pemimpin yang gagal menjalankan tugas dengan sempurna, malah seorang yang mementingkan diri tanpa memikirkan kebajikan ahli yang kebanyakannya berada dalam keadaan susah sekarang ini.

“Biarlah orang lain menjalankan tugas berat ini dalam menentukan royalti berjumlah lebih RM20 juta dan bahagian artis daripada RM140 juta yang diagihkan kepada ahli mendaftar dengan RPM dan Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) Bhd.

“Malangnya, PRISM sudah menutup operasi, tahun lepas,” katanya seperti dilap0rkan BH Online.

Mengulas lebih lanjut, Freddie berkata, Sheila sudah dipilih menerajui RPM oleh syarikat rakaman dan bukannya artis yang juga ahli kepada badan itu.

Terdahulu, kekec0han tercet0s dalam industri muzik selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menjalankan siasatan terhadap empat badan kutipan royalti iaitu Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP) Berhad, Public Performance Malaysia (PPM) Sdn Bhd dan RPM dan PRISM.

Operasi dijalankan berdasarkan lap0ran dibuat oleh Freddie yang Ahli Panel Penasihat SPRM dalam perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, bulan lalu.

Kata Freddie, langkah membawa perkara itu kepada SPRM adalah pilihan terakhir Karyawan untuk menyelesaikan kemel0t royalti artis yang berlarutan sejak lebih 20 tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sidang Media Desak Sheila Majid Letak Jawatan Isnin Ini” Freddie Fernandez"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*